Thursday, 13 October 2011

Office cookout - The demo

Lama gila geng securoti tak buat update dekat blog ni. Busy giler kan sekarang ni. Makin hujung tahun makin banyak kerja. Tak daya nyalah. Anyways we manage to do a demo buat roti few weeks ago di office. Kami limitkan the invitationnya, sebab takut ramai sangat. Buat official, siap mintak permission from the bosses lagi. Anyways, hari tu bukan buat demo untuk roti saja, buat jugak demo buat nasi beriani. 

Di samping buat roti, kami ada jugak photographer pro yang banyak mengambil gambar dari bahan-bahan na memasak, sampaila ke finish product. so gambar-gambar yang akan diupdate hari ni ialah dari kamera dialah. Aku dah resizekan so that takdelah berat sangat the blog ni nak loading kan.
 
Bahan-bahan untuk topping pizza
 
Bahan-bahan untuk nasi beriani

Antara bahan untuk buat roti

Siap pecahkan telur cantik2 lagi

Tangan saperla agaknya tu
Alaa tools tu ngade-ngade jek


One of the techniqus
Hasilnya takdela cantik sangat, but you got the drift, right?

Pizza seafood kot rasanya
Pepperoni pizza
Seafood pizza

Bun kacang merah dan bun sardin


Tidak lupa nasi beriani

Ok roti, sila pose

Ok pose dengan kawan-kawan

Nasi dan kawan-kawan kena pose jugak.  Sedap okeh semua lauk-lauk pada hari tu.
So tu jelah update demo masak-masak bersama geng-geng opis. Seronok tengok people having fun. Penat tapinya kan buat demo ni. Bila ada orang request demo lagi, errrr macam err tak sanggup jek hahahha.

Ada lagi gambar-gambar from my camera. Kalau rajin nanti akan upload. Till then, take care people.

Update at 22/10
Ok ni picture taken from my camera. Focus semua ke mana. Hahaha nampak sangat tak reti amek gambar. Hahaha. Anyways, here goes :

Some of the bread made by the participants, terer kan diorang?
Close up sikit
Ni bahan2 buat nasi beriani
Masa ni dah habis cheese kot.
Some of the mini pizza made by the kawan-kawan yang datang. Kreatif kan.
Bila close up blur la pulak.

Note : I was actually super duper nervous masa demo tu. Bila tengok gambar sendiri masa tengah demo tu, gile serius muka, kalah buat talk pasal ISMS hahaha.  Alhamdulillah, semuanya menjadi. Nasi beriani tu pulak, itulah first time betul-betul menjadi dan tak berkerak, walaupun berempah sikit. And thanks again kawan-kawan geng2 demo yang banyak tolong2 prepare for the event dan yang hadir  kerana supporting the event. 

Tuesday, 13 September 2011

Bun kacang merah, sardin dan sausage roll

Masa potluck level 4 ari tu aku dan Ms Cashida ada buat roti. Aku buat bun sardin dan sausage roll. Ms Cashida buat bun kacang merah. Kali ni kami ada semi-pro punya photographer, so gambar cantik-cantik sikitla as compared to gambar pakai BB jek kan. 

Bun kacang merah


Sausage rolls


Close up sausage rolls
Akhirnya dapatla aku sausage roll yang senonoh sikit rupanya. Following ni some of the pics pakai BB la ape lagi. 

Bun sardin yang ditimbang 30g. Suspen gak takut kecik sangat

After resting for 40 minutes and baked for 12 minutes


Oklah naik nya. Takde lah kecik sangat

Gebu sangat. Happy with the result.
 Ok geng bila nak buat demo nih?

Monday, 12 September 2011

Gula Halus vs Gula Kastor

Cerita pasal gula ni timbul sebab I nak beli gula. tapi bila sampai kedai I jadi confuse pulak nak beli gula halus ke gula kastor.. so sudahnya tak beli.. hahaha.. last weekend nak buat roti, baru perasan takde gula halus/kastor dah..yg ada gula pasir.. so terpaksa la blend sendiri.. anyway.. pn president was right.. gula kastor lebih halus compared to gula halus... (source: http://sugarlabinta.com/about.php)

Gula halus (fine granulated sugar)
Gula halus jenis ini bewarna putih dan sesuai untuk membuat kek kerana butir-butir gulanya yang halus mudah cair apabila dipukul bersama mentega ataupun dipukul bersama telur.

Gula kastor (castor sugar)
Gula ini bewarna putih dan ianya pilihan yang paling ideal untuk membuat kek, biskut, pastri, roti dan lain-lain. Butir-butir gulanya lebih halus dari gula halus dan ia mudah cair apabila dipukul bersama mentega atau telur. Sekiranya gula ini tiada , boleh gunakan gula halus.

Boleh la baca banyak lagi pasal gula kat link tu ye kekawan....

Wednesday, 7 September 2011

What difference it made, when you rest your bread after shaping

Semangat, masuk jek opis balik, dah nak buat update securoti hahaha. Semalam aku buat roti. Gian pulak rasanya dah lama tak buat, kan. Lagipun macam best jek makan roti selepas raya-raya ni. So buat pakai 250g of roti jek. So masukkan bahan2 dalam BM. tunggu sampai 1.5 hours. Bila dah siap, tumbuk, keluarkan angin dan start shaping. 

Aku timbang 40g jugak for each bun, walaupun si Awien tu ada suggest timbang 50g each. Aku rasa memang boleh naik lagi bun tu. Sebab previously aku sempat let it rest for 20 minutes jek instead of 40 minutes. Kali ni aku bertekad nak biarkan roti tu dalam bekas 40 minutes baru start membakar. After 40 minutes, baru aku panaskan oven lepas. Lepas 10 min baru bakar. So total rest time is around 50 min la. Jangan lebih sejam yek, kang bantat lak roti tu.Untuk 250g teoung roti boleh dapat 6 bijik bun kacang dan 7 sausage roll kecik2 tu.

Bun kacang. Masa mula-mula letak dalam cup. Tengok size roti tu as compared to the cup

After resting for 50 minutes

Selepas dibakar dalam 15 minutes, note the size of the roti compared to the cup

Tengah sejukkan
Okay gambar di bawah ni roti yang aku buat masa bulan puasa hari tu. Same ingredient, same dough, same amount. 40g.
Hasil  dari 40g of dough resting for 20 minutes. Tengok cup tu.

Hasil dari 40 g of dough resting for 50 minutes

Tu dia..Gemokk kan..

Resting your bread for 40-60 minutes, makes a different. Simpan sampai besok pon sedap sangat. Percayalaaaaahhhhh..

Monday, 22 August 2011

Weekend baking

Banyak membaca pasal making good bread lately ni. (Hishh kan ke bagus kalau baca Quran as commited as that). Bukan apa sebab bebaru ni, masa buat sausage roll dekat rumah my parents, it's kejong. Frustnya, Allah je tau. Yelah kan, sayang jek tepung-tepung tu semua. Ada 2 yang memang kena throw sbb macam batu daa. Especially bila masuk hari kedua. Discuss jugak dengan Pizza Mom pasal my dilemma. Sebab most of the recepi, bila aku mixkan, macam lembik sikit. Kalau takat nak buat bun bulat-bulat takde hal tapi kalau nak buat roll-roll segala, memang susah sikit nak handle roll lembik. 

So aku baca dalam net. Ada banyak reference kan. Basically what they say is, the wetter the better. Tapi yelah mat salleh kan suka buat roti seketul cam fococia, baguette, cam tulah yang memang tak yah nak shape-shape sangat. Siap tengok youtube camne nak handle "high-hidration dough" muahahah. 

So malam yang hening bila tah, buatla tuna roll. dah prepare inti nya dan dohnya. Masa nak roll tu bukan main lembik, dan agaknya terlebih inti memang hampeh sangat, terkeluar sana-sini. Aku dah start frust dah masa tu. Masa cut lagi haru, benyek dan terkeluar inti sumer. Apesal ni ek? Lepas tu lift jelah the roll letak atas paper cup yang agak besar. Let it proof dalam 40 minutes, baru nak bakar. Masa proof tu pon dah melimpah-limpah dari kertas. Masuk jek oven, yeahh terlentang absi sumer roti aku. Instead of naik menggebu ke atas, dia menggebu sambil berbaring. Stress!! Ok look at this picture ok. 

Tengokla tuna roll ni punya naik. Gebu kan..

Ni yang batch seterusnya, lagi hazab rupa nya.



Tahap tak nampak kertas dah camner?Tulerr  yg aku ckp roti ku mengembang sambil menelentang



Malam tu aku rasa sangat disheartened. Tatau what I did wrong. Sms dekat Awien, dan sms my baker frind jugak. My baker friend cakap, boleh refrigerate kan supaya ko senang handle the dough. Si Awien lak cakap, kena pakai baking tin yang ada lobang tu supaya control sikit roti tu naik kalau tak cup nya akan ternganga. Aku cakap bukan takat ternganga jek, terbaring terlentang habis dah roti aku grrrrrr..Dan dia kata dia timbang roti dia. 

Esoknya, Sabtu aku pegi Bake with Yen Bangi. Yummy aku dah ban for a while. Tak sanggup. Biasala kan, asalnya nak beli pan yang lobang-lobang tu jek, in the end tah haper-haper tok nenek aku beli. I kid you not, memang tah haper-haper. 

So baliknya, aku mulakan la projek buat kuih raya dulu. Tapi before that doh roti dah masuk BM la. Aku buat biskut mazola jek. Biskut yang mak dan bapak aku suke. Aku tak minat nak buat biskut2 commercial ni. Memang old school la kan. Anyways, ni ialah my new tool. 

Silicon mat and non stick rolling pin

Muahahah, aku siap timbang jugak ikut macam ayu. Sebijik bun kacang 40g

Biskut Mazolla
So selepas menengok how to handle wet dough dekat youtube, beli pan berlubang, beli non tick mat and rolling pin berserta menimbang setiap satu bun itu, following is hasilnya. 

Cantik tak? Hahahha
Ngeh..ngeh..ngeh.. Bun kacang merah

Harga pon tak sempat buang, sabo jelah punyala excited.

Sardin roll
Actually, rasanya bun tu boleh naik lagi, sebab aku tak sempat kasi dia proof betul-betul. Tak cukup masa. Nak berbuka sangat dah masa tu. Sempat proofing 20 minit jek. Kalau tak, sure bun kacang tu naik sampai ke top level cup tu. Alhamdulillah, puas hati sikit.Thanks to Ms Awien and my baker friend yang menjawab kemusykilan ku di tengah malam dan di subuh hening hahaha.  Actually you all tak payah la nak poyo cam aku nih, kalau dari segi taste, bun terlentang tu sedap dah, cuma kekadang nak jugak, bun lawa2 kan, kan, kan.. errr tak ker?