Tuesday, 13 September 2011

Bun kacang merah, sardin dan sausage roll

Masa potluck level 4 ari tu aku dan Ms Cashida ada buat roti. Aku buat bun sardin dan sausage roll. Ms Cashida buat bun kacang merah. Kali ni kami ada semi-pro punya photographer, so gambar cantik-cantik sikitla as compared to gambar pakai BB jek kan. 

Bun kacang merah


Sausage rolls


Close up sausage rolls
Akhirnya dapatla aku sausage roll yang senonoh sikit rupanya. Following ni some of the pics pakai BB la ape lagi. 

Bun sardin yang ditimbang 30g. Suspen gak takut kecik sangat

After resting for 40 minutes and baked for 12 minutes


Oklah naik nya. Takde lah kecik sangat

Gebu sangat. Happy with the result.
 Ok geng bila nak buat demo nih?

Monday, 12 September 2011

Gula Halus vs Gula Kastor

Cerita pasal gula ni timbul sebab I nak beli gula. tapi bila sampai kedai I jadi confuse pulak nak beli gula halus ke gula kastor.. so sudahnya tak beli.. hahaha.. last weekend nak buat roti, baru perasan takde gula halus/kastor dah..yg ada gula pasir.. so terpaksa la blend sendiri.. anyway.. pn president was right.. gula kastor lebih halus compared to gula halus... (source: http://sugarlabinta.com/about.php)

Gula halus (fine granulated sugar)
Gula halus jenis ini bewarna putih dan sesuai untuk membuat kek kerana butir-butir gulanya yang halus mudah cair apabila dipukul bersama mentega ataupun dipukul bersama telur.

Gula kastor (castor sugar)
Gula ini bewarna putih dan ianya pilihan yang paling ideal untuk membuat kek, biskut, pastri, roti dan lain-lain. Butir-butir gulanya lebih halus dari gula halus dan ia mudah cair apabila dipukul bersama mentega atau telur. Sekiranya gula ini tiada , boleh gunakan gula halus.

Boleh la baca banyak lagi pasal gula kat link tu ye kekawan....

Wednesday, 7 September 2011

What difference it made, when you rest your bread after shaping

Semangat, masuk jek opis balik, dah nak buat update securoti hahaha. Semalam aku buat roti. Gian pulak rasanya dah lama tak buat, kan. Lagipun macam best jek makan roti selepas raya-raya ni. So buat pakai 250g of roti jek. So masukkan bahan2 dalam BM. tunggu sampai 1.5 hours. Bila dah siap, tumbuk, keluarkan angin dan start shaping. 

Aku timbang 40g jugak for each bun, walaupun si Awien tu ada suggest timbang 50g each. Aku rasa memang boleh naik lagi bun tu. Sebab previously aku sempat let it rest for 20 minutes jek instead of 40 minutes. Kali ni aku bertekad nak biarkan roti tu dalam bekas 40 minutes baru start membakar. After 40 minutes, baru aku panaskan oven lepas. Lepas 10 min baru bakar. So total rest time is around 50 min la. Jangan lebih sejam yek, kang bantat lak roti tu.Untuk 250g teoung roti boleh dapat 6 bijik bun kacang dan 7 sausage roll kecik2 tu.

Bun kacang. Masa mula-mula letak dalam cup. Tengok size roti tu as compared to the cup

After resting for 50 minutes

Selepas dibakar dalam 15 minutes, note the size of the roti compared to the cup

Tengah sejukkan
Okay gambar di bawah ni roti yang aku buat masa bulan puasa hari tu. Same ingredient, same dough, same amount. 40g.
Hasil  dari 40g of dough resting for 20 minutes. Tengok cup tu.

Hasil dari 40 g of dough resting for 50 minutes

Tu dia..Gemokk kan..

Resting your bread for 40-60 minutes, makes a different. Simpan sampai besok pon sedap sangat. Percayalaaaaahhhhh..