Sunday 31 July 2011

1st attempt

Sukanya hati dah dapat geng yg ada same interest!! yeayyy..i'm so happy :D
at least tak de la menung sorang2 pk kenapa resepi tak jadi.. :p
now i have pool of friends yang boleh di-classify 'expert' and 'expert to be' who can share their thoughts.. thank you all my friends.. Thanks to Pn President sbb introduce this 'tool'..u save the world lah!

Yang bestnye..my boss pun boleh terheret sama.. hahaha
nie gara2 sebab my boss di classify as 'peroti' orangnye (peroti = org yg sgt suka makan roti) welcome to the club boss..hehe..

And..jangka hayat my bread maker bermula hari nie..
brg2 yg Pn President tlg belikan mmg dah terletak atas meja.. so bila suasana tenang kat rumah..bermula la episod SecuRoti cawangan Semenyih :p
tp tenang nye sekejap aje:

1. tuan kecik terjaga bila mat rempit sesat press motor depan rumah. haih..terpaksa bg senduk n besen to distract him for a moment..besides..i have to be a clown to cheer him up..if not, he will use the senduk to ketuk2 kaki mama..dugaann

2. sebuah kereta telah membelok n masuk dalam porch..~ en. hubby dah balik la pulak! dia mmg anti kalau tgk aku nak buat roti..sbb sejarah sepnjg dia kembali menetap di rumah, roti x penah yang menjadi. hmm..mmg tepat la telahan..awalnye mmg aku kena bebel.. mujur Pn President gigih memberi semangat. Thanks to you sis (wink)

dengan rasa syahdu (sbb kena bebel), aku mulakan project roti..berdasarkan cerita bos semalam..aku tau la nak tarik bekas adunan tu kn pakai tools..mana pulak tools sbb sume still berbungkus dlm plastik.. so masuk bahan, tekan itu ini.. baru aku notice masa utk siap doh 1 hr and 18 mins! En. Hubby dah lapar..huhu..so aku buatkan cekodok utk coolkan dia.. setelah tabah menempuh dugaan..ini pandangan pertama..

after rest 1 hour

hati aku dah berbunga2..insyaAllah jadi kali nie.. so aku follow petua2 Pn President.. and... jeng3x..

Red Bean Bun, Cheesy Rounders, Blueberry Comb

En. Hubby kata "lagi best dari Gardenia"..yeayyyy!!! Alhamdulillahhh..
so to En. Shaun, nak roti cam gardenia..kn letak bread softener and also bread improver :D

Eh lupa nak story.. sesi soal jawab dgn En Hubby sal "tool"..

"ini oven awak baru beli ke" - dgn muka tegang.. " this is a gift" - pendek je jawapan aku..
Aku nampak muka dia cool balik.. sbb dia mmg particular pasal pembelian barang2..

"oven lama nie still boleh pakai, kalau nak bg sesapa pun boleh" - cover line..hehe

aku x boleh elaborate panjang2 sbb nnt jadi bohong. betullah it's a gift..a gift from diri sendiri to reward myself.. reason-nye..macam2 lah.. janji i can make my life happy. Life is short..so hargailah diri anda :)

Saturday 30 July 2011

Roti Pertama Ku

Ini macam oven biasa aje...itu adalah tanggapan ku bila melihat peralatan yang aku beli dengan harga RM846 ini. Ini semua sebab terpengaruh dengan kempen si Ayu lah ni, kata benda ni senang nak masak...campak- campak aje bahan nanti siap. Tapi apa boleh buat...dah terbeli. Lagipun Ayu tak pernah tipu aku, so mungkin rupa aje tak canggih. Aku tak buka serta merta bila tiba dirumah sebab kat ofis tadi upset dengan satu staf ini yang taksub sangat dengan technical backgroundnya sampai tak nak buat kerja-kerja am dan koordinasi. Masalahnya bila aku test technical knowledge nya...tak lah kemana sangat pun...aku yang dianggap bukan teknikal ni lebih tahu lagi. Melayu oh melayu, baru ade sikit dah nak kompang....
Anyway...lepas tido kejap, pukul 9 malam, dengan hati yang berat (sebab sebenarnya aku expect teknologi ala ala Star Trek berdasarkan cerita si Ayu tentang macamana mudahnya nak buat roti dengan benda ini) aku bukalah oven tadi. Hmmm... apalah si Ayu dah goreng aku ni. Sekarang persoalannya, kat mana pulak nak letak ni?...Dapur sekangkang kera. Isteri aku diam aje mungkin sebab aku beli tak ikut procument prosedur. Selalunya kena tunggu PO dulu. (Ini Ayu lah punya pasal ni! Hasut kita.) Aku pun anjaklah itu sikit, ini sikit akhirnya boleh juga diselitkan benda alah ini. Isteri aku pandang aje dari sudut dapur. Dalam hati ni khuatir jugak, kot-kot dapat ‘show cause’ letter nanti.
Ape pulak bende kat dalam oven ini? Ade pulak container keluli, macam concrete mixer aje rupanya. Hmmmm...tak pe baca instruction dulu. Eh! ade resepi pulak dalam buku instruction ni.
"Kena test oven ni,..." tetiba bersuara isteri ku dari belakang yang sudah bergerak hampir ke oven tu dan memeriksa dengan lebih dekat lagi.
"Kalau ikut instruction ni senang aje,..." balas aku pulak. "Ini ade resepi untuk test."
"Ape bahannya?," tanya isteri ku.
Aik! Dah terminat pulak, fikir ku. Ini petanda baik ni. Mungkin tak ada ‘show cause’ ni.
"Bahan yang diperlukan ....blah,blah,blah," aku membaca dari buku. Bahan utama iaitu tepung roti dah songlap dari Ayu kat ofis tadi.
"Ok. Yang tak ade instant yeast dan dry milk." balas dia.
"Ok..." jawap ku dengan nada yang suspicious.
"Jom pegi Giant beli...." terpancut dari mulut nya. Huh! Eh biar betul makcik ni...dah nak pukul 10 ni. Sempat ke pegi giant walaupun cuma dua km aje dari rumah?
"Nanti pakai tudung kejap..." sambung isteri ku. Laa... dia ni, dah ter ‘over’ pulak. Tadi kontrol macho, sekarang hilang kawalan pulak, fikir aku.
So nak jadi cerita, pegi Giant. Aku dengan kain gombang (pelikat) dan tshirt pagoda, anak aku pakai baju tido aje. Cuma isteri aku aje yang smart, biasalah tu kan...pompuan... Nasib sempat lagi.
"President SecuRoti kata pakai yeast mauri...mari...maarip...or something," kata ku ketika bergegas mengikut dari belakang.
"Mauripan," jawap ringkas yang ku terima. Hmmm...tahu pulak dia. Macam dah ade pengalaman aje.
Susu tepung aku beli Nespray...susu lemak dan berkrim...walaupun ada usul untuk mendapatkan susu rendah lemak atau kalsium tinggi.
Tiba dirumah...aku pun mulakan operasi aku. Tetiba aje aku dah ade assistant pulak. Tadi macamlah tak minat...kan...pompuan,pompuan. Anyway aku ikut sukatan bahan macam ahli makmal CSI, with great precision. Masuk semua dalam container keluli, yang di rujuk sebagai 'bin', yang disediakan...betul jugak kata Ayu rupanya...masukkan aje.
Tetiba aje, “Nak tambah raisins tak?,” kata assistant aku tadi...
“Mana ade raisins dalam resipi ni..,” aku menjawab. Nak adventurous pulak makcik sorang ni.
“Alaaa...boleh...,” kata isteri ku.
“Tak boleh, tak boleh...nanti tah ape jadi. Ikut resipi...barulah ISO 9000. Lagipun nanti president kelab marah, dia orang ISMS,” tambah ku untuk menguatkan hujah, walaupun aku tahu, presiden kelab tu pun adventurous semacam aje.
Dah siap semua bahan masuk, aku masukkan dalam oven, lekatkan bin tu pada tapak yang disediakan. Ikut instruction cara nak ‘on’ kan program untuk membuat roti.
“Ok...huh! 3 jam setengah! Biar betul!...3 pagi baru siap.” Aku berkata sendiri. Patutlah Bai roti kat kampung dulu caj roti mahal. Aku tekan ‘start’ dan dengar ‘sret...sret...sret.’. Proses membancuh mula. Alamak...oven ni tak ade lampu kat dalam...tak nampak pulak. Aku pegi ambil lampu suluh...tak nampak jugak sebab bin tu tinggi. Patutnya kena ada cermin kat atas oven ni supaya boleh tengok apa yang berlaku dalam bin tu. Tengok kat paparan kawalan , knead,..oklah, tengok TV dulu....
Lepas lebih kurang sejam aku tengok status, 'rise'...oklah kot ni...aku tidur ajelah. Dah ngantuk pulak.
Pagi esoknya aku dikejutkan oleh isteri aku...jom tengok roti. Selalunya, bangun solat subuh! Hari ini lain pulak...solat ke mana? Anyway, kali ini aku pulak kontrol macho...
'Solat dulu,' kata ku. Lepas tu aku turun ke dapur dengan pelahan...control macho giler...anak dan isteri dah tunggu kat tepi oven.
Bila aku tarik keluar bin roti tu ...”uuuuhhh bestnya” suara dari anak dan isteri ku. Tahupun best, semalam macam tak minat aje, kata ku dalam hati.
Tapi atas roti tu tak rata sikit...mungkin sebab aku tak ratakan ‘half way thru the knead process.’ Ade juga sedikit tepung kat kulit luar. Ini kena bedah siasat dengan lebih lanjut. Aku potong roti tu dan anak aku dengan tak sabar mengambil sepotong.
'Rasa macam roti lah....', katanya.
Yesss!!! Kira OK lah roti yang aku buat ni...he!he! Thank you to Ayu for her campaign...

Friday 29 July 2011

Basic dough recipe

 Following is the basic recipe used for bread maker.

180ml air sejuk  + 2 ketul ice cube or 1 ketul if cube besar
1 egg
2 tblsp sugar
1 teaspoon salt
2 tblsp milk powder or fresh milk
75 gm butter
2 tblsp vegetable shortening
2 tbllsp bread softener
500 gm high protein flour
1 tblsp bread improver
11gm mauripan yeast = 1 pkt

1)      Masukkan ikut turutan di atas
2)      Slide the pan into oven hingga ada bunyi “click”
3)      Press Program 10
4)      Lepas setengah jam, oven beep.
5)      Keluarkan dan stop oven.
6)      Bentukkan doh menjadi bun mengikut kesukaan. Boleh guna sebahagian doh untuk buat piza
7)      Sementara itu, preheat oven ke suhu 200 C.
8)      Bila doh sudah dibentukkan, masukkan dalam ketuhar dan set timer ke 17min.
9)      Selepas 17min, oven beep dan roti sudah siap dibakar

Seafood pizza

Ni seafood pizza. Using sardines, crab stick, prawns, capsicum mushroom, onion and of course lotsa cheese, hehehe. 


Resepi guna basic dough for bread. Actually boleh simplify the recipe. Tapi sebab nak senang one dough for all yakni pizza, sausage roll, raisun bun etc guna jelah the same dough recipe. Nanti akan tulis the basic dough recipe.

Thursday 28 July 2011

Sausage roll

Untuk Kak Ida

Roll the dough jgn nipis sangat..

Potong memanjang

Ciap dan let it proof




Getting Started

When you have purchased your breadmaker oven, these are few things that you should buy to get started.

Basic tool
Kebanyakan daripada tools ni optional, but if you wanna get your family and kids involve in the bread making activities, it's better to have specific tool. Diorang excited sikit bila ada gadget-gadget ni

Baking pan (kalau noxxa breadmaker over the pan size is 9x9 or 9x11 inch
Berus sapu telur
Pizza cutter
Cheese grater
rubber spatula
kertas minyak
Measuring cup
Measuring device (penimbang)
Rolling pin and rolling board

Basic Ingredient
High protein flour (tepung roti)
Vegetable shortening (lelemak sayuran)
Bread softener 
Bread improver (optional)
Instant Yeast
Butter
Telur

Fillings and toppings
Kacang merah
Sausages
Sesame seed(bijan)
Chocolate
cheese
raisins
Whatever your heart desires..

Welcome on board Securoti Inc

Asyik berbalas-balas email jek, now I create a platform for us to share bread recipes, tips and laporan masakan after bake your bread. Nanti kasikla you all punya email address so that I boleh invite jadik contributor. Bila siap bake jek, sila amek gambar dan upload. Kita ni amatur jek, baru sangat belajar, so tak kisah la kalau tak perfect. Bukan nak jual pon kan, just to share our joy of baking for our family and friends, dan semestinya untuk layan tekak sendiri ngeh..ngeh..ngeh..

Lagipun  boleh letak tips-tips getting started pada geng-geng securoti yang baru. Letih y'all taip ulang-ulang kan. Harap-harap you all sudi update your baking adventure. Happy baking!