Showing posts with label Pengalaman. Show all posts
Showing posts with label Pengalaman. Show all posts

Monday, 15 August 2011

Move Over Gardenia



“Mr Oonch, hari ini ade Kumon tak?,” tanya ku kepada anak ku dalam perjalanan ke rumah dari transit nya.

“Yes...,” jawapnya, “But I left my Kumon bag at home.” Anak ku ni speaking Jawa sejak dari kecil lagi. Semua pengaruh maknya lah tu.

Sampai aje dirumah, sementara anak aku pergi mengambil buku-buku Kumonnya dari bawah katil, aku terus ke dapur. Tadi kat opis, aku minta Iza print kan resipi yang dicadangkan oleh puan Presiden untuk mendapatkan roti yang lembut. Walaupun aku telah berjaya dalam dua sesi pembuatan roti sebelum ini, tapi kepuasan masih belun dicapai sebab tak sampai standard Gardenia lagi.

OK...telur ade empat biji, tepung semua ade. Yang tak ade cocoa dan majerin. Kali ini adventure aku ialah membuat roti loaf cokelat...

Selepas menghantar anak aku ke sesi Kumonnya, aku bergegas ke Giant dengan kereta Getz aku yang comel tu, walaupun ade yang kata itu Getz Hantu. Aku pun tak tahu kenapa. Mungkin sebab color hitam...keluar gelap pagi, balik gelap malam kot.

“Kat mana aisle baking needs ni? Ahh...tu dia. Alah! Ade macam-macam jenis pulak.” Aku tahu ibu aku pakai yang dalam tin putih, sebab dulu aku selalu korek bekas adunan dan jilat senduknya untuk lebihan adunan keknya, tapi mahal sikit. Aku akhirnya ambik serbuk Hershey, murah, sebab masih dalam peringkat percubaan. Kat situ juga ade majerin...hmmm? Majerin, mentega dan Planta ni sama ke? Sebab tak pasti, aku cari yang ade tulis ‘majerin’ kat bekasnya.

Malam tu lepas terawikh, aku mengeluarkan semua peralatan makmal membuat roti. Awal lagi aku dah pesan agar breakfast counter kat dapur tu clear dari barangan lain. Untuk pembuatan roti kali ini, aku kena pakai timbang sebab sukatan bahan dalam grams. Keluarlah satu timbang baru dari dalam kotak, hadiah majlis perkahwinan aku dulu...punyalah lama...Mr Oonch tu dah sepuluh tahunlah kan.

“Alahai...timbang ni tanda sukatannya tiap 20g. Ini yang den maleh ni...,” kata ku dalam hati. “Tak accuratelah macamni. Macammana nak kira 75g marjerin?” Aku teringat timbang digital ketika pegi kedai bakeri kat Taman Melawati dua minggu lepas...mulalah gatal nak membeli ni...

Penyukatan bahan berjalan lancar, cuma tak berapa accurate sebab timbang analog, lepas tu tandanya di setiap 20g. Jadi kalau dah 75g tu...main agak-agak ajelah, kira halal sudahlah. Semua tepung, cocoa, gula, garam aku masukan dalam satu bekas lain dulu, tak terus dalam bread pan. Asistant aku kali ini kata dia nak tengok aje, penat sebab siang tadi berpuasa...yelah tu, macam dia sorang aje yang berpuasa.

Setelah siap semuanya, aku keluarkan bread pan. Berdasarkan nasihat rakan sepejuangan dalam bidang ini, air masuk dulu. Kemudian aku perlu masukkan telur. Segera aku ke fridge dan mengambil telur dari egg rack. Lantas aku ketuk kat bingkai bread pan tu, “tuk!..,” tak pecah pulak, mungkin tak kuat. Maklumlah aku ni gentle orangnya....”Tuk!...,” sekali lagi dengan agak kuat.

“Woii!!!” Jerit aku, “Siapa letak telur rebus dalam fridge ni!!!”

“Ohhh...itu telur dapat kenduri hari tu,” jawapan selamba dari ruang tamu. “Dah lama dah tu, nak buang.”

“Astagafirullah...Jawa sorang ni,” bentak hati ku. And you think you know somebody after all this years.” Aku kalau dah bengang, keluar jugak speaking Jawa aku ni.

Aku lantas mencapai kunci kereta. “Nak kemana tu?” tanya isteri aku yang sedang menonton TV. Yang kononnya tadi nak tengok aje tu kan...

“7-eleven, beli telor,” jawap ku ringkas. Aku dah upset ni sebab proses membuat roti terpaksa ditangguhkan buat seketika. Projek milestone dah lari ni. Getz comel aku pun meredah malam ke kedai 7-eleven. Syukurlah ade 7-eleven kat rumah ni.

Sampai di ‘business district’ taman perumahan ku itu, aku bergegas ke kedai. Nasib baik Getz aku tu comel, senang aje aku selitkan celah-celah kereta pelanggan kedai mamak kat situ. Aku lalu depan klinik, bila aku jeling kedalam, tiada orang. Biasalah..ini tenggah minggu. Selalunya kalau hari ahad ramailah manusia sebab nak ambik MC hari isnin.

“Eh...pil awet muda dah habis, baik minta supply baru.” fikirku. Aku terus masuk ke klinik dan mendaftar untuk jumpa doktor.

“Duduk dulu bang...,” kata receptionis tu.

“Doktor tak de ke?” tanya aku

“Doktor kat kedai video sebelah, saya akan call.” jawapan yang aku terima.

“Alaaaa...doktor ni, pegi tengok CD pulak, download ajelah...,” fikir ku yang mula merasa menyesal masuk ke klinik malam ni.

Setelah selesai urusan di klinik aku bergegas ke 7-eleven dengan jubah terawikh ku. Aku mula tercari-cari telor. Aku dah nekat, kalau tak ade kat sini, aku akan beli kat adik jual egg banjo kat luar tu walaupun dia paksa aku beli Burger Daging Dua Lapis Bertelor Special dengan Cheese...malam ni semuanya pasal telor...

“Hah! Ade...,” Terus aku capai dan ke kaunter bayaran. Ade pulak akak ni nak beli top up pulak. Terhegeh-hegeh mencari duit dalam beg tangannya tu. Kak Oiii. beg besar macam guni kelapa macammanalah nak jumpa duit... “Heeeeiii! Tension...” Kalau aku ada licence to kill macam James Bond, doktor tadi dengan akak ini dah aku tembak. Tapi ade ke James Bond pakai Getz? Hmmm...

Kembali ke rumah, tanpa membuang masa aku terus aje ke makmal roti untuk meneruskan projek roti cokelat. Dah delay 45 minit ni.

Aku masukan sebijik telur dan mentega dalam air tadi. Nak pakai sebiji aje pun, tapi kecoh nya... Kemudian aku masukan campuran tepung dan bread softerner seperti dalam resipi. Yang tak ikut resepinya, aku masukkan juga bread improver. “Alah... puan Presiden bukan tahu pun.” fikir ku.

Beres...sekarang nak masuk dalam oven khas ini. Tetiba...

“Yang ini tak pakai ke?” suara isteri ku dari belakang.

“Ya Allah! Aku tak pasangkan stiring blade, macammana oven nak dikacau tepung ni? Oooo Mannnn!” aku mengeluh.

Tetapi dengan semangat kental yang ada, aku mengambil blade tu dari isteri ku dan lakukan pembedahan ke atas adunan dalam bread bin tadi. Aku masukan tangan ku dan meraba-raba mencari pin untuk dipasangkan blade itu. Lama juga aku ‘kobok’, akhirnya berjaya dilekatkan.

Tangan aku kini penuh dengan campuran tepung, air, dan marjerin. Isteri aku dah kembali ke ruang tamu. Akupun melorotkan adunan yang melekat itu dari tangan kembali kedalam bread bin dan meratakannya. Kira ini jadi ‘secret recipes’ akulah...he!he!

Seperti biasa, waktu memasak 3 jam lebih. Jadi masa sahur aku sekeluarga melihat hasilnya.

Roti naik melimpah dari bread bin. Naik tinggi sampai bahagian atas hangus sikit sebab terlalu dekat dengan heating coil kat atas oven.

Wah! Berhasil. Roti loaf cokelat yang lembut dan gebu. Aku picit-picit untuk menikmati kelembutannya. Enak dimakan begitu saja... Rasanya pahit-pahit cokelat, tapi aku memang suka rasa sebegitu. Mungkin cocoa yang aku gunakan kot.

Isteri aku mencadangkan lain kali dimasukan raisins.

Jawapku...”Bukan saja raisin, kita masukan Habatul-Saudah sekali” He!He!

Monday, 1 August 2011

I went through the Ordeal - phew !!

Dah lama nak update blog ni, tak sempat-sempat.. hu hu. Tak boleh jadik nih, members yang baru dapat pun dah ada proven evidence- dah keluar pun roti. So frenz, fasten your belt - jom share my ordeal lak ye.

Ms President has long amazed me with this tool . Semenjak I menjadik witness of their delivery order, mmg meronta-ronta nak gi demo tu. Thanks ye Nazha, sbb arrange session kat rumah Kak Ani tu.Setelah went through the Amway online ordering 'system error'.. ( ha ha... online system pun boleh error masa I nak place order) I finally dapat the bread maker on Friday 22 July. That weekn balik kampung la plak - hush perap jek la another week. Meronta-ronta gak jiwa, tak kira by Thursday by hook or by crook kena gak buat .. weekn kena gi PD la plak dgn MKN. So on that peaceful Thursday nite ( supposedly) I started the ordeal. Balik ptg Khamis tunggu , the kids dah siap bentang tikar kat dapur - "Ibu, ibu , ibu ( tak pernah krg 3x ) kita org dah prepare semua brg. Wah... tak sempat I letak my handbag - mmg bagus la anak-anak ku. The thought that my hubby blk lambat & Kelabu : my cat yg kena warded ta de mmg an ideal surrounding for me to bake. At last ...

Kul 9.00 pm I start pouring & measuring & at the same time baca manual. ( Yeap Ayu, I pun suspen gak bila baca part yg dia mention smoke akan kuar tuh) ANyway, fear no more sbb Ms President dah janji nak bagi technical support 24 x 7, bagus punya !! Kring - kring, 9.10 am like that phone berdering , on the other end " Dear , tgh buat apa tuh - tadi Dr Joe baru call, Kelabu dah discharge , dia suh datang amik kat clinic sekrg" WHATTTTT !!!! Sekarang, dgn tangan aku berminyak & penuh tpg ni... no no ... this is not happening, baru nak warm up. "I thot you're supposed to get the catkan .." My other half replied " YE la, tapi mlm ni kan bola- I stranded nih". Alamek - habiskan jek la dulu masuk semua dlm tuh, at least boleh knead dulu... Kelabu can wait what. Emmm anti-climax betul. Sempat jugak aku cal Nazha membebel.

Anyway, by the time I returned dah habis knead & tgh proofing.., lambat giler, dah dekat kul 10 nih, pukul berape nak tido ...Again kena kacau Ms President . I quote her words " Memandangkan hari dah lewat Kak Ida, I rasa you keluarkan jek la". Memang tak daya aku nak tunggu, dah le tgh marah ni sbb terencat - si Kelabu pulak asyik meleser- isk rimas- kena kurung dia dulu.


Akhirnya close tu 11.00 tamatlah operasi dengan jayanye -... he he. Sweat & tears tau , ha ha...
You all jgn gelak tau- rupa tak le pro mck Ms President, or Ayu or Mr Shaun kite... ha ha. Also tribute two my two assistants yg jugak dgn jayanye menghorrerkan lagi keadaan.











Nasib baik 2 org lagi tgh occupy tgk bola kat atas. So frenz, feast yer eyes - this is my masterpiece.

Ranges of sausage + bun = Roti pintal

Another version - note the gap kat sosej tuh - ha ha, lagi satu masterpiece Ammar.




Supposed to be cheese stick - tapi tak berape kurus hemm... Ammar buat gak!





Sardine bun - note of the different shapes ye, thanks to the little chefs.


ni dia pizza - bila Ina tgk her remarks was " Pizza ke cake ni Kak Ida" I take it as compliment- nampak gebu la kot ha ha.


Itu jek la update for this time - minggu ni kita operate pressure cooker lak ye !!

Pengalaman pertama jugak

Walaupun pengalaman pertama aku ni dah basi, aku nak share jugak. Yelah buat kenangan kan kakkaka sesambil mengenang betapa semangat dan tergedik-gedik nak buat dengan segera roti sampai hasilnya tak begitu cantik. 

Kalau korang tak sabar nak dapat BM tu, tak de yang boleh lawan aku. AKu siap gigih pegi pick up kat Wangsa Maju okay. Sekali tu ada technical problem tak leh amek. Frust gile, sikit lagi nak nangis, muahahhaa. Drama queen betul.

Anyways, by the time sampai barang, berkotak-kotak sampai barang sebab sekali dengan Pizza mom punya. Lepas angkut barang naik ke apartment dan alih-alih barang ke sana sini sebab dapur kecik, malam tu jugak start buat roti. Muahahha. Buat jugak walaupun main ingredient takde, which is tepung roti! I pakai all-purpose flour je y'all. Ala-ala tepung gandum gitu.

Lepas dah knead tu, aku terus bawak keluar tak tunggu rise pon. Sekali ku tengok lembik giler la doh ni, tak leh roll langsung. Buat pizza pon kena tolak2 pakai jari jek. Pastu nak gulung sausage pon hazabnya, lembik giler doh tu. Melekat-lekat kat jari. Frust, tapi sayang nak buang. 

So hasil dari doh yang lembik tu adalah seperti di bawah :

Lembik giler, atas sikit jek dari adunan lempeng. Grrrr

Pizza yang tak leh roll, tolak-tolak guna jari jek

Hot dog yang hazab nak roll dan hilang sumer lilitan hahahah

Cuba teka apa ni? Muahahha

Roti kacang merah daa.
Bila diteliti balik, baru aku perasan, itupon lepas beberapa round buat. Aku terdouble kan the butter content. Pastu memang tak leh la buat roti pakai tepung lain, selain tepung roti. Takkan dapat tekstur roti tu. Tu pasal kalau pegi Bake with Yen memang akan borong tepung roti tu 4-5 paket. Kali ke-empat buat with the right content of butter dan kurangkan air, baruler roti aku buat tu cantik betul. Pastu walaupun masa tengok demo, kata boleh terus bawak keluar dan shape the roti, aku dapati kalau biar dia rise sekali, tumbuk the dough and then proof atas pan sekali lagi, barula akan dapat tekstur roti yang sangat baik dan even makan besoknya pon masih lembut. Yelah masa beli tu takde sape nak dirujuk, so banyak try and error jek.

Anyways, aku sangat happy dengan hobi baru aku ni. Dan sekarang lebih happy sebab dah banyak geng. So boleh tukar-tukar resipi dan share experience. Pastu disebabkan aku dah try dulu, boleh ler aku jadik online-technical support korang, kan.. Hahhaha. Happy baking, people. Bulan2 puasa ni aku terpikir nak buat delayed timer untuk breadmaker dan pressure cooker tu, so balik rumah roti dah siap, sup tulang/stew dah siap, perghhh.

Sunday, 31 July 2011

1st attempt

Sukanya hati dah dapat geng yg ada same interest!! yeayyy..i'm so happy :D
at least tak de la menung sorang2 pk kenapa resepi tak jadi.. :p
now i have pool of friends yang boleh di-classify 'expert' and 'expert to be' who can share their thoughts.. thank you all my friends.. Thanks to Pn President sbb introduce this 'tool'..u save the world lah!

Yang bestnye..my boss pun boleh terheret sama.. hahaha
nie gara2 sebab my boss di classify as 'peroti' orangnye (peroti = org yg sgt suka makan roti) welcome to the club boss..hehe..

And..jangka hayat my bread maker bermula hari nie..
brg2 yg Pn President tlg belikan mmg dah terletak atas meja.. so bila suasana tenang kat rumah..bermula la episod SecuRoti cawangan Semenyih :p
tp tenang nye sekejap aje:

1. tuan kecik terjaga bila mat rempit sesat press motor depan rumah. haih..terpaksa bg senduk n besen to distract him for a moment..besides..i have to be a clown to cheer him up..if not, he will use the senduk to ketuk2 kaki mama..dugaann

2. sebuah kereta telah membelok n masuk dalam porch..~ en. hubby dah balik la pulak! dia mmg anti kalau tgk aku nak buat roti..sbb sejarah sepnjg dia kembali menetap di rumah, roti x penah yang menjadi. hmm..mmg tepat la telahan..awalnye mmg aku kena bebel.. mujur Pn President gigih memberi semangat. Thanks to you sis (wink)

dengan rasa syahdu (sbb kena bebel), aku mulakan project roti..berdasarkan cerita bos semalam..aku tau la nak tarik bekas adunan tu kn pakai tools..mana pulak tools sbb sume still berbungkus dlm plastik.. so masuk bahan, tekan itu ini.. baru aku notice masa utk siap doh 1 hr and 18 mins! En. Hubby dah lapar..huhu..so aku buatkan cekodok utk coolkan dia.. setelah tabah menempuh dugaan..ini pandangan pertama..

after rest 1 hour

hati aku dah berbunga2..insyaAllah jadi kali nie.. so aku follow petua2 Pn President.. and... jeng3x..

Red Bean Bun, Cheesy Rounders, Blueberry Comb

En. Hubby kata "lagi best dari Gardenia"..yeayyyy!!! Alhamdulillahhh..
so to En. Shaun, nak roti cam gardenia..kn letak bread softener and also bread improver :D

Eh lupa nak story.. sesi soal jawab dgn En Hubby sal "tool"..

"ini oven awak baru beli ke" - dgn muka tegang.. " this is a gift" - pendek je jawapan aku..
Aku nampak muka dia cool balik.. sbb dia mmg particular pasal pembelian barang2..

"oven lama nie still boleh pakai, kalau nak bg sesapa pun boleh" - cover line..hehe

aku x boleh elaborate panjang2 sbb nnt jadi bohong. betullah it's a gift..a gift from diri sendiri to reward myself.. reason-nye..macam2 lah.. janji i can make my life happy. Life is short..so hargailah diri anda :)

Saturday, 30 July 2011

Roti Pertama Ku

Ini macam oven biasa aje...itu adalah tanggapan ku bila melihat peralatan yang aku beli dengan harga RM846 ini. Ini semua sebab terpengaruh dengan kempen si Ayu lah ni, kata benda ni senang nak masak...campak- campak aje bahan nanti siap. Tapi apa boleh buat...dah terbeli. Lagipun Ayu tak pernah tipu aku, so mungkin rupa aje tak canggih. Aku tak buka serta merta bila tiba dirumah sebab kat ofis tadi upset dengan satu staf ini yang taksub sangat dengan technical backgroundnya sampai tak nak buat kerja-kerja am dan koordinasi. Masalahnya bila aku test technical knowledge nya...tak lah kemana sangat pun...aku yang dianggap bukan teknikal ni lebih tahu lagi. Melayu oh melayu, baru ade sikit dah nak kompang....
Anyway...lepas tido kejap, pukul 9 malam, dengan hati yang berat (sebab sebenarnya aku expect teknologi ala ala Star Trek berdasarkan cerita si Ayu tentang macamana mudahnya nak buat roti dengan benda ini) aku bukalah oven tadi. Hmmm... apalah si Ayu dah goreng aku ni. Sekarang persoalannya, kat mana pulak nak letak ni?...Dapur sekangkang kera. Isteri aku diam aje mungkin sebab aku beli tak ikut procument prosedur. Selalunya kena tunggu PO dulu. (Ini Ayu lah punya pasal ni! Hasut kita.) Aku pun anjaklah itu sikit, ini sikit akhirnya boleh juga diselitkan benda alah ini. Isteri aku pandang aje dari sudut dapur. Dalam hati ni khuatir jugak, kot-kot dapat ‘show cause’ letter nanti.
Ape pulak bende kat dalam oven ini? Ade pulak container keluli, macam concrete mixer aje rupanya. Hmmmm...tak pe baca instruction dulu. Eh! ade resepi pulak dalam buku instruction ni.
"Kena test oven ni,..." tetiba bersuara isteri ku dari belakang yang sudah bergerak hampir ke oven tu dan memeriksa dengan lebih dekat lagi.
"Kalau ikut instruction ni senang aje,..." balas aku pulak. "Ini ade resepi untuk test."
"Ape bahannya?," tanya isteri ku.
Aik! Dah terminat pulak, fikir ku. Ini petanda baik ni. Mungkin tak ada ‘show cause’ ni.
"Bahan yang diperlukan ....blah,blah,blah," aku membaca dari buku. Bahan utama iaitu tepung roti dah songlap dari Ayu kat ofis tadi.
"Ok. Yang tak ade instant yeast dan dry milk." balas dia.
"Ok..." jawap ku dengan nada yang suspicious.
"Jom pegi Giant beli...." terpancut dari mulut nya. Huh! Eh biar betul makcik ni...dah nak pukul 10 ni. Sempat ke pegi giant walaupun cuma dua km aje dari rumah?
"Nanti pakai tudung kejap..." sambung isteri ku. Laa... dia ni, dah ter ‘over’ pulak. Tadi kontrol macho, sekarang hilang kawalan pulak, fikir aku.
So nak jadi cerita, pegi Giant. Aku dengan kain gombang (pelikat) dan tshirt pagoda, anak aku pakai baju tido aje. Cuma isteri aku aje yang smart, biasalah tu kan...pompuan... Nasib sempat lagi.
"President SecuRoti kata pakai yeast mauri...mari...maarip...or something," kata ku ketika bergegas mengikut dari belakang.
"Mauripan," jawap ringkas yang ku terima. Hmmm...tahu pulak dia. Macam dah ade pengalaman aje.
Susu tepung aku beli Nespray...susu lemak dan berkrim...walaupun ada usul untuk mendapatkan susu rendah lemak atau kalsium tinggi.
Tiba dirumah...aku pun mulakan operasi aku. Tetiba aje aku dah ade assistant pulak. Tadi macamlah tak minat...kan...pompuan,pompuan. Anyway aku ikut sukatan bahan macam ahli makmal CSI, with great precision. Masuk semua dalam container keluli, yang di rujuk sebagai 'bin', yang disediakan...betul jugak kata Ayu rupanya...masukkan aje.
Tetiba aje, “Nak tambah raisins tak?,” kata assistant aku tadi...
“Mana ade raisins dalam resipi ni..,” aku menjawab. Nak adventurous pulak makcik sorang ni.
“Alaaa...boleh...,” kata isteri ku.
“Tak boleh, tak boleh...nanti tah ape jadi. Ikut resipi...barulah ISO 9000. Lagipun nanti president kelab marah, dia orang ISMS,” tambah ku untuk menguatkan hujah, walaupun aku tahu, presiden kelab tu pun adventurous semacam aje.
Dah siap semua bahan masuk, aku masukkan dalam oven, lekatkan bin tu pada tapak yang disediakan. Ikut instruction cara nak ‘on’ kan program untuk membuat roti.
“Ok...huh! 3 jam setengah! Biar betul!...3 pagi baru siap.” Aku berkata sendiri. Patutlah Bai roti kat kampung dulu caj roti mahal. Aku tekan ‘start’ dan dengar ‘sret...sret...sret.’. Proses membancuh mula. Alamak...oven ni tak ade lampu kat dalam...tak nampak pulak. Aku pegi ambil lampu suluh...tak nampak jugak sebab bin tu tinggi. Patutnya kena ada cermin kat atas oven ni supaya boleh tengok apa yang berlaku dalam bin tu. Tengok kat paparan kawalan , knead,..oklah, tengok TV dulu....
Lepas lebih kurang sejam aku tengok status, 'rise'...oklah kot ni...aku tidur ajelah. Dah ngantuk pulak.
Pagi esoknya aku dikejutkan oleh isteri aku...jom tengok roti. Selalunya, bangun solat subuh! Hari ini lain pulak...solat ke mana? Anyway, kali ini aku pulak kontrol macho...
'Solat dulu,' kata ku. Lepas tu aku turun ke dapur dengan pelahan...control macho giler...anak dan isteri dah tunggu kat tepi oven.
Bila aku tarik keluar bin roti tu ...”uuuuhhh bestnya” suara dari anak dan isteri ku. Tahupun best, semalam macam tak minat aje, kata ku dalam hati.
Tapi atas roti tu tak rata sikit...mungkin sebab aku tak ratakan ‘half way thru the knead process.’ Ade juga sedikit tepung kat kulit luar. Ini kena bedah siasat dengan lebih lanjut. Aku potong roti tu dan anak aku dengan tak sabar mengambil sepotong.
'Rasa macam roti lah....', katanya.
Yesss!!! Kira OK lah roti yang aku buat ni...he!he! Thank you to Ayu for her campaign...

Friday, 27 May 2011

My first experience

Nak jugak.. nak jugak.. Ha ha ha
I nak jugak cerita pasal my first bread making experience..
Masa Mrs President kata ada demo buat roti on tu memang excited la, sbb ada cita2 nak belajar buat roti
so tahu ada demo tu 16/5, kebetulan esok 17/5 cuti.. terus on je dengan Mrs President.. hehehe
husband pun bagi greenlight ;-)
Tengok demo tu mmg teruja la .. bak kata Kakak tu.. ni mesin ajaib masuk tepung keluar roti.. hehehe
so mmg semangat la nak beli..
tarikh keramat pembelian breadmaker ku pada 23/5/2011 pukul 3.35pm... mcm kekawan lain beli online je.. ada sikit masalah masa nak beli.. tapi alhamdulilah akhirnya semua ok..
yg paling best tu.. bread maker ku sampai pada esok hari.. sekali ngan Mrs President.. banyak betul kotak we all dpt hari tu... sampai org ofis kata dorang main kutu ke... hahahha

Anyway sebab sibuk kerja etc.. tak sempat la ku cuba mesin breadmaker tu sampai hari jumaat malam (27/5).. tgh hari tu sempat lagi beli barang2 bakery ngan Mrs President..
siap beli tepung roti 4kg.. hahah semangat sungguh...
so bila barang dah lengkap mmg semangat la nak buat roti kan.. budak2 dah masuk tidur, ku mulakan ops rot around 9.30pm.. Yang kelakar tu bila dah masuk barang semua ikut turutan..
tak boleh masukkan bekas tu dlm mesin roti.. hahaha.. dekat 20 minit jugak la terkial2.. rupanya terbalik da... confuse sungguh.. malu nak ngaku technical ladder.. hahaha

alhamdullilah after that small glitch, mesin berputar dengan jayanya.. sebab dah malam.. so just buat sosej mini.. tp mmg best la mesin ajaib ni.. tak sia2 bayar installment.. hehehe