Ini macam oven biasa aje...itu adalah tanggapan ku bila melihat peralatan yang aku beli dengan harga RM846 ini. Ini semua sebab terpengaruh dengan kempen si Ayu lah ni, kata benda ni senang nak masak...campak- campak aje bahan nanti siap. Tapi apa boleh buat...dah terbeli. Lagipun Ayu tak pernah tipu aku, so mungkin rupa aje tak canggih. Aku tak buka serta merta bila tiba dirumah sebab kat ofis tadi upset dengan satu staf ini yang taksub sangat dengan technical backgroundnya sampai tak nak buat kerja-kerja am dan koordinasi. Masalahnya bila aku test technical knowledge nya...tak lah kemana sangat pun...aku yang dianggap bukan teknikal ni lebih tahu lagi. Melayu oh melayu, baru ade sikit dah nak kompang....
Anyway...lepas tido kejap, pukul 9 malam, dengan hati yang berat (sebab sebenarnya aku expect teknologi ala ala Star Trek berdasarkan cerita si Ayu tentang macamana mudahnya nak buat roti dengan benda ini) aku bukalah oven tadi. Hmmm... apalah si Ayu dah goreng aku ni. Sekarang persoalannya, kat mana pulak nak letak ni?...Dapur sekangkang kera. Isteri aku diam aje mungkin sebab aku beli tak ikut procument prosedur. Selalunya kena tunggu PO dulu. (Ini Ayu lah punya pasal ni! Hasut kita.) Aku pun anjaklah itu sikit, ini sikit akhirnya boleh juga diselitkan benda alah ini. Isteri aku pandang aje dari sudut dapur. Dalam hati ni khuatir jugak, kot-kot dapat ‘show cause’ letter nanti.
Ape pulak bende kat dalam oven ini? Ade pulak container keluli, macam concrete mixer aje rupanya. Hmmmm...tak pe baca instruction dulu. Eh! ade resepi pulak dalam buku instruction ni.
"Kena test oven ni,..." tetiba bersuara isteri ku dari belakang yang sudah bergerak hampir ke oven tu dan memeriksa dengan lebih dekat lagi.
"Kalau ikut instruction ni senang aje,..." balas aku pulak. "Ini ade resepi untuk test."
"Ape bahannya?," tanya isteri ku.
Aik! Dah terminat pulak, fikir ku. Ini petanda baik ni. Mungkin tak ada ‘show cause’ ni.
"Bahan yang diperlukan ....blah,blah,blah," aku membaca dari buku. Bahan utama iaitu tepung roti dah songlap dari Ayu kat ofis tadi.
"Ok..." jawap ku dengan nada yang suspicious.
"Jom pegi Giant beli...." terpancut dari mulut nya. Huh! Eh biar betul makcik ni...dah nak pukul 10 ni. Sempat ke pegi giant walaupun cuma dua km aje dari rumah?
"Nanti pakai tudung kejap..." sambung isteri ku. Laa... dia ni, dah ter ‘over’ pulak. Tadi kontrol macho, sekarang hilang kawalan pulak, fikir aku.
So nak jadi cerita, pegi Giant. Aku dengan kain gombang (pelikat) dan tshirt pagoda, anak aku pakai baju tido aje. Cuma isteri aku aje yang smart, biasalah tu kan...pompuan... Nasib sempat lagi.
"President SecuRoti kata pakai yeast mauri...mari...maarip...or something," kata ku ketika bergegas mengikut dari belakang.
"Mauripan," jawap ringkas yang ku terima. Hmmm...tahu pulak dia. Macam dah ade pengalaman aje.
Susu tepung aku beli Nespray...susu lemak dan berkrim...walaupun ada usul untuk mendapatkan susu rendah lemak atau kalsium tinggi.
Tiba dirumah...aku pun mulakan operasi aku. Tetiba aje aku dah ade assistant pulak. Tadi macamlah tak minat...kan...pompuan,pompuan. Anyway aku ikut sukatan bahan macam ahli makmal CSI, with great precision. Masuk semua dalam container keluli, yang di rujuk sebagai 'bin', yang disediakan...betul jugak kata Ayu rupanya...masukkan aje.
Tetiba aje, “Nak tambah raisins tak?,” kata assistant aku tadi...
“Mana ade raisins dalam resipi ni..,” aku menjawab. Nak adventurous pulak makcik sorang ni.
“Alaaa...boleh...,” kata isteri ku.
“Tak boleh, tak boleh...nanti tah ape jadi. Ikut resipi...barulah ISO 9000. Lagipun nanti president kelab marah, dia orang ISMS,” tambah ku untuk menguatkan hujah, walaupun aku tahu, presiden kelab tu pun adventurous semacam aje.
Dah siap semua bahan masuk, aku masukkan dalam oven, lekatkan bin tu pada tapak yang disediakan. Ikut instruction cara nak ‘on’ kan program untuk membuat roti.
“Ok...huh! 3 jam setengah! Biar betul!...3 pagi baru siap.” Aku berkata sendiri. Patutlah Bai roti kat kampung dulu caj roti mahal. Aku tekan ‘start’ dan dengar ‘sret...sret...sret.’. Proses membancuh mula. Alamak...oven ni tak ade lampu kat dalam...tak nampak pulak. Aku pegi ambil lampu suluh...tak nampak jugak sebab bin tu tinggi. Patutnya kena ada cermin kat atas oven ni supaya boleh tengok apa yang berlaku dalam bin tu. Tengok kat paparan kawalan , knead,..oklah, tengok TV dulu....
Lepas lebih kurang sejam aku tengok status, 'rise'...oklah kot ni...aku tidur ajelah. Dah ngantuk pulak.
Pagi esoknya aku dikejutkan oleh isteri aku...jom tengok roti. Selalunya, bangun solat subuh! Hari ini lain pulak...solat ke mana? Anyway, kali ini aku pulak kontrol macho...
'Solat dulu,' kata ku. Lepas tu aku turun ke dapur dengan pelahan...control macho giler...anak dan isteri dah tunggu kat tepi oven.
Bila aku tarik keluar bin roti tu ...”uuuuhhh bestnya” suara dari anak dan isteri ku. Tahupun best, semalam macam tak minat aje, kata ku dalam hati.
Tapi atas roti tu tak rata sikit...mungkin sebab aku tak ratakan ‘half way thru the knead process.’ Ade juga sedikit tepung kat kulit luar. Ini kena bedah siasat dengan lebih lanjut. Aku potong roti tu dan anak aku dengan tak sabar mengambil sepotong.
'Rasa macam roti lah....', katanya.
Yesss!!! Kira OK lah roti yang aku buat ni...he!he! Thank you to Ayu for her campaign...
6 comments:
Gile kelakar entry nih. "Lagipun nanti president kelab marah, dia orang ISMS," tak tahan..tak tahan.. hahaha. Bravo En Shaun on your first bread. I'm sure ada banyak lagi adventure2 in the kitchen nanti. Sebagai presiden, saya sungguh berbangga dengan semangat encik.
haha..ape la si Ayu tu kan.. mujur jadik roti en shaun..kalu tak...sure si Ayu tu yang kena panggang dalam tempat roti..hahaha
Ayu memang terer membakar..ahahahha seb baik tak kena bakar kannnn hahhaha.mana entry roti mu dek?
gadget aku buat hal la kak..hmm.. aku nak test guna gadget en suami jap..hehe...tungguuuuu..
En Shaun,
Semasa kneading dan rise dalam mesin tu you boleh bukak bila-bila masa. Mesin akan berenti sendiri, boleh bawak keluar pon bin tu. Lepas tu bila masukkan dan tutup pintunya, dia akan sambung jek balik kneading or proofing. Dia ada memory gitu. Selaghi tak bukak pintu more than berapa hours, dia boleh resume jek where it stopped. Boleh guna rubber spatula untuk, tolak2 sikit tepung kat tepi-tepi bin tu. Kalau dah start baking tak leh la bukak2 dah. Benyek pulak roti tu karang.
iyer.. rubber spatula tu sungguh berguna.. alamek.. i nyer dah patah over excessive usage.. kena beli baru la...
Post a Comment