Monday, 22 August 2011

Weekend baking

Banyak membaca pasal making good bread lately ni. (Hishh kan ke bagus kalau baca Quran as commited as that). Bukan apa sebab bebaru ni, masa buat sausage roll dekat rumah my parents, it's kejong. Frustnya, Allah je tau. Yelah kan, sayang jek tepung-tepung tu semua. Ada 2 yang memang kena throw sbb macam batu daa. Especially bila masuk hari kedua. Discuss jugak dengan Pizza Mom pasal my dilemma. Sebab most of the recepi, bila aku mixkan, macam lembik sikit. Kalau takat nak buat bun bulat-bulat takde hal tapi kalau nak buat roll-roll segala, memang susah sikit nak handle roll lembik. 

So aku baca dalam net. Ada banyak reference kan. Basically what they say is, the wetter the better. Tapi yelah mat salleh kan suka buat roti seketul cam fococia, baguette, cam tulah yang memang tak yah nak shape-shape sangat. Siap tengok youtube camne nak handle "high-hidration dough" muahahah. 

So malam yang hening bila tah, buatla tuna roll. dah prepare inti nya dan dohnya. Masa nak roll tu bukan main lembik, dan agaknya terlebih inti memang hampeh sangat, terkeluar sana-sini. Aku dah start frust dah masa tu. Masa cut lagi haru, benyek dan terkeluar inti sumer. Apesal ni ek? Lepas tu lift jelah the roll letak atas paper cup yang agak besar. Let it proof dalam 40 minutes, baru nak bakar. Masa proof tu pon dah melimpah-limpah dari kertas. Masuk jek oven, yeahh terlentang absi sumer roti aku. Instead of naik menggebu ke atas, dia menggebu sambil berbaring. Stress!! Ok look at this picture ok. 

Tengokla tuna roll ni punya naik. Gebu kan..

Ni yang batch seterusnya, lagi hazab rupa nya.



Tahap tak nampak kertas dah camner?Tulerr  yg aku ckp roti ku mengembang sambil menelentang



Malam tu aku rasa sangat disheartened. Tatau what I did wrong. Sms dekat Awien, dan sms my baker frind jugak. My baker friend cakap, boleh refrigerate kan supaya ko senang handle the dough. Si Awien lak cakap, kena pakai baking tin yang ada lobang tu supaya control sikit roti tu naik kalau tak cup nya akan ternganga. Aku cakap bukan takat ternganga jek, terbaring terlentang habis dah roti aku grrrrrr..Dan dia kata dia timbang roti dia. 

Esoknya, Sabtu aku pegi Bake with Yen Bangi. Yummy aku dah ban for a while. Tak sanggup. Biasala kan, asalnya nak beli pan yang lobang-lobang tu jek, in the end tah haper-haper tok nenek aku beli. I kid you not, memang tah haper-haper. 

So baliknya, aku mulakan la projek buat kuih raya dulu. Tapi before that doh roti dah masuk BM la. Aku buat biskut mazola jek. Biskut yang mak dan bapak aku suke. Aku tak minat nak buat biskut2 commercial ni. Memang old school la kan. Anyways, ni ialah my new tool. 

Silicon mat and non stick rolling pin

Muahahah, aku siap timbang jugak ikut macam ayu. Sebijik bun kacang 40g

Biskut Mazolla
So selepas menengok how to handle wet dough dekat youtube, beli pan berlubang, beli non tick mat and rolling pin berserta menimbang setiap satu bun itu, following is hasilnya. 

Cantik tak? Hahahha
Ngeh..ngeh..ngeh.. Bun kacang merah

Harga pon tak sempat buang, sabo jelah punyala excited.

Sardin roll
Actually, rasanya bun tu boleh naik lagi, sebab aku tak sempat kasi dia proof betul-betul. Tak cukup masa. Nak berbuka sangat dah masa tu. Sempat proofing 20 minit jek. Kalau tak, sure bun kacang tu naik sampai ke top level cup tu. Alhamdulillah, puas hati sikit.Thanks to Ms Awien and my baker friend yang menjawab kemusykilan ku di tengah malam dan di subuh hening hahaha.  Actually you all tak payah la nak poyo cam aku nih, kalau dari segi taste, bun terlentang tu sedap dah, cuma kekadang nak jugak, bun lawa2 kan, kan, kan.. errr tak ker?

Thursday, 18 August 2011

Apple roll

Assalamualaikum wbh kawan-kawan,

last weekend tak buat roti. Tangan sakit. So terpaksa la merehatkan tangan ni. Geram gak nak menerai roti2 lain. Tapi last week ada buat satu percubaan, buat apple roll. Apple dapat hamper hari tu tatau nak buat apa. 2 bijik apple hijau dah jadik kerabu apple hijau. Perghh punyalah masam tapi sedap. So selebihnya aku tryla buat apple roll. Memula masukkan the dough dalam BM. Buat sikit dalam 300g jek. Tak larat nak shape banyak2. Lepas tu grate the apples. Resepi roti sama cam roti sausage roll Mat Gebu itu. 

Lepas tu leperkan, tabur butter, sugar and apple, roll dan potong dalam 1 inch each. 

Lepas roll, sebelum proof
Lepas proof for half an hour. Dah sempit dan berlaga-laga dah apple roll tu
 
Lebihan roti buat sausage roll

Roti yang dah siap. Memang la cepat benor brown oven tu. Gerammmmm.
Resultnya, roti tu sangat lembut. Cuma apple tu dah tak jadik masam dah. Rasanya cam hambar jek gitu. Tekstur roti sangat lembut  dan gebu. Cuma rupa adalah tidak memuaskan sebab oven ku panas. Lepas ni nak bakar sumer at 140C jek. Maybe baru boleh control heatnya lepas tu. 

Oh ya, dah buat kuih raya gak. Chocolate chip jek. 
First batch dah habis disebat dek anak-anak buah dan adek aku. Semalam buat second batch.
Tu je update utk hari ni. Rasa nak buat roti paunla. Makan dengan ape ek sedap?

Tuesday, 16 August 2011

Kuih raya


Sorry ye friends.. topic I kali ni tak in sync dengan blog securoty ni..
tapi nak update jugak hasil terbaru dari breadmaker cum oven (I mmg lama mengidam oven, sekali dapat bm/oven mmg happy la)...

Anak2 I semua teruja nak start projek kuih raya, so kena la beli bahan yg simple dulu aka corn flakes. Memandangkan I takde mixer, first kuih raya yg tercipta ialah cornflakes madu.
Malu la nak bagi resepi.... sempat simple sgt, rasa semua dah tahu kot.

Alhamdullilah dapat la 2 bekas Tupperware, masuk hari ketiga ni dah tinggal separuh.. rasa tak sempat tunggu raya ni.. muahaha

iftar


Ingat nak update ahad lepas, tp gadget gagal berfungsi..so update je lah hari nie..hehe.. western menu. Thanks to my oven aka my bread maker..hehe..

The story begin...
~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Di sebabkan gara-gara tak sempat balik berbuka kat PizzaHut on Saturday, so ahad tu aku plan nak masak ala2 menu pizza hut utk berbuka.. just few things yang tak de.. so tunggu tuan kecik bangun, siap2kan dia..so we all bergerak ke Tesco.. siap buat list takut ade brg yang miss..hehe

Balik..sume barang aku letak atas meja..belek2 itu ini..double confirm resepi.. and lepas asar projek pun bermula.. menunya seafood pizza, seafood lasagna and spaghetti bolognese.. terkejar2 jugak nak siapkan semua benda, nak buat doh..topping lagi.. mana nak buat filling lasagna.. last2 orang azan magrib..aku baru letak sudip dalam sink..phewwww.. mujur en suami kata dia nak air teh bunga je..so buka fridge..angkat kotak, tuang. hehehe.. mmg cam kartun je ari tu. dapur messy yang amat! tak pe lah..baru nak cuba2 ..pas nie dah tau dah mana nak buat dulu..hehe..

Hmm..masa nak upload nie lah baru aku realize, gambar2 dalam phone yg dinamakan 'smartphone' tu semua gone gara2 application error..so tggal sekeping jek dalam gadget en suami.. adehh..susunan and latar belakang pic.tu abaikan lah ye..hehe..


Seafood lasagna, seafood pizza and spaghetti bolognese


Monday, 15 August 2011

Move Over Gardenia



“Mr Oonch, hari ini ade Kumon tak?,” tanya ku kepada anak ku dalam perjalanan ke rumah dari transit nya.

“Yes...,” jawapnya, “But I left my Kumon bag at home.” Anak ku ni speaking Jawa sejak dari kecil lagi. Semua pengaruh maknya lah tu.

Sampai aje dirumah, sementara anak aku pergi mengambil buku-buku Kumonnya dari bawah katil, aku terus ke dapur. Tadi kat opis, aku minta Iza print kan resipi yang dicadangkan oleh puan Presiden untuk mendapatkan roti yang lembut. Walaupun aku telah berjaya dalam dua sesi pembuatan roti sebelum ini, tapi kepuasan masih belun dicapai sebab tak sampai standard Gardenia lagi.

OK...telur ade empat biji, tepung semua ade. Yang tak ade cocoa dan majerin. Kali ini adventure aku ialah membuat roti loaf cokelat...

Selepas menghantar anak aku ke sesi Kumonnya, aku bergegas ke Giant dengan kereta Getz aku yang comel tu, walaupun ade yang kata itu Getz Hantu. Aku pun tak tahu kenapa. Mungkin sebab color hitam...keluar gelap pagi, balik gelap malam kot.

“Kat mana aisle baking needs ni? Ahh...tu dia. Alah! Ade macam-macam jenis pulak.” Aku tahu ibu aku pakai yang dalam tin putih, sebab dulu aku selalu korek bekas adunan dan jilat senduknya untuk lebihan adunan keknya, tapi mahal sikit. Aku akhirnya ambik serbuk Hershey, murah, sebab masih dalam peringkat percubaan. Kat situ juga ade majerin...hmmm? Majerin, mentega dan Planta ni sama ke? Sebab tak pasti, aku cari yang ade tulis ‘majerin’ kat bekasnya.

Malam tu lepas terawikh, aku mengeluarkan semua peralatan makmal membuat roti. Awal lagi aku dah pesan agar breakfast counter kat dapur tu clear dari barangan lain. Untuk pembuatan roti kali ini, aku kena pakai timbang sebab sukatan bahan dalam grams. Keluarlah satu timbang baru dari dalam kotak, hadiah majlis perkahwinan aku dulu...punyalah lama...Mr Oonch tu dah sepuluh tahunlah kan.

“Alahai...timbang ni tanda sukatannya tiap 20g. Ini yang den maleh ni...,” kata ku dalam hati. “Tak accuratelah macamni. Macammana nak kira 75g marjerin?” Aku teringat timbang digital ketika pegi kedai bakeri kat Taman Melawati dua minggu lepas...mulalah gatal nak membeli ni...

Penyukatan bahan berjalan lancar, cuma tak berapa accurate sebab timbang analog, lepas tu tandanya di setiap 20g. Jadi kalau dah 75g tu...main agak-agak ajelah, kira halal sudahlah. Semua tepung, cocoa, gula, garam aku masukan dalam satu bekas lain dulu, tak terus dalam bread pan. Asistant aku kali ini kata dia nak tengok aje, penat sebab siang tadi berpuasa...yelah tu, macam dia sorang aje yang berpuasa.

Setelah siap semuanya, aku keluarkan bread pan. Berdasarkan nasihat rakan sepejuangan dalam bidang ini, air masuk dulu. Kemudian aku perlu masukkan telur. Segera aku ke fridge dan mengambil telur dari egg rack. Lantas aku ketuk kat bingkai bread pan tu, “tuk!..,” tak pecah pulak, mungkin tak kuat. Maklumlah aku ni gentle orangnya....”Tuk!...,” sekali lagi dengan agak kuat.

“Woii!!!” Jerit aku, “Siapa letak telur rebus dalam fridge ni!!!”

“Ohhh...itu telur dapat kenduri hari tu,” jawapan selamba dari ruang tamu. “Dah lama dah tu, nak buang.”

“Astagafirullah...Jawa sorang ni,” bentak hati ku. And you think you know somebody after all this years.” Aku kalau dah bengang, keluar jugak speaking Jawa aku ni.

Aku lantas mencapai kunci kereta. “Nak kemana tu?” tanya isteri aku yang sedang menonton TV. Yang kononnya tadi nak tengok aje tu kan...

“7-eleven, beli telor,” jawap ku ringkas. Aku dah upset ni sebab proses membuat roti terpaksa ditangguhkan buat seketika. Projek milestone dah lari ni. Getz comel aku pun meredah malam ke kedai 7-eleven. Syukurlah ade 7-eleven kat rumah ni.

Sampai di ‘business district’ taman perumahan ku itu, aku bergegas ke kedai. Nasib baik Getz aku tu comel, senang aje aku selitkan celah-celah kereta pelanggan kedai mamak kat situ. Aku lalu depan klinik, bila aku jeling kedalam, tiada orang. Biasalah..ini tenggah minggu. Selalunya kalau hari ahad ramailah manusia sebab nak ambik MC hari isnin.

“Eh...pil awet muda dah habis, baik minta supply baru.” fikirku. Aku terus masuk ke klinik dan mendaftar untuk jumpa doktor.

“Duduk dulu bang...,” kata receptionis tu.

“Doktor tak de ke?” tanya aku

“Doktor kat kedai video sebelah, saya akan call.” jawapan yang aku terima.

“Alaaaa...doktor ni, pegi tengok CD pulak, download ajelah...,” fikir ku yang mula merasa menyesal masuk ke klinik malam ni.

Setelah selesai urusan di klinik aku bergegas ke 7-eleven dengan jubah terawikh ku. Aku mula tercari-cari telor. Aku dah nekat, kalau tak ade kat sini, aku akan beli kat adik jual egg banjo kat luar tu walaupun dia paksa aku beli Burger Daging Dua Lapis Bertelor Special dengan Cheese...malam ni semuanya pasal telor...

“Hah! Ade...,” Terus aku capai dan ke kaunter bayaran. Ade pulak akak ni nak beli top up pulak. Terhegeh-hegeh mencari duit dalam beg tangannya tu. Kak Oiii. beg besar macam guni kelapa macammanalah nak jumpa duit... “Heeeeiii! Tension...” Kalau aku ada licence to kill macam James Bond, doktor tadi dengan akak ini dah aku tembak. Tapi ade ke James Bond pakai Getz? Hmmm...

Kembali ke rumah, tanpa membuang masa aku terus aje ke makmal roti untuk meneruskan projek roti cokelat. Dah delay 45 minit ni.

Aku masukan sebijik telur dan mentega dalam air tadi. Nak pakai sebiji aje pun, tapi kecoh nya... Kemudian aku masukan campuran tepung dan bread softerner seperti dalam resipi. Yang tak ikut resepinya, aku masukkan juga bread improver. “Alah... puan Presiden bukan tahu pun.” fikir ku.

Beres...sekarang nak masuk dalam oven khas ini. Tetiba...

“Yang ini tak pakai ke?” suara isteri ku dari belakang.

“Ya Allah! Aku tak pasangkan stiring blade, macammana oven nak dikacau tepung ni? Oooo Mannnn!” aku mengeluh.

Tetapi dengan semangat kental yang ada, aku mengambil blade tu dari isteri ku dan lakukan pembedahan ke atas adunan dalam bread bin tadi. Aku masukan tangan ku dan meraba-raba mencari pin untuk dipasangkan blade itu. Lama juga aku ‘kobok’, akhirnya berjaya dilekatkan.

Tangan aku kini penuh dengan campuran tepung, air, dan marjerin. Isteri aku dah kembali ke ruang tamu. Akupun melorotkan adunan yang melekat itu dari tangan kembali kedalam bread bin dan meratakannya. Kira ini jadi ‘secret recipes’ akulah...he!he!

Seperti biasa, waktu memasak 3 jam lebih. Jadi masa sahur aku sekeluarga melihat hasilnya.

Roti naik melimpah dari bread bin. Naik tinggi sampai bahagian atas hangus sikit sebab terlalu dekat dengan heating coil kat atas oven.

Wah! Berhasil. Roti loaf cokelat yang lembut dan gebu. Aku picit-picit untuk menikmati kelembutannya. Enak dimakan begitu saja... Rasanya pahit-pahit cokelat, tapi aku memang suka rasa sebegitu. Mungkin cocoa yang aku gunakan kot.

Isteri aku mencadangkan lain kali dimasukan raisins.

Jawapku...”Bukan saja raisin, kita masukan Habatul-Saudah sekali” He!He!

Sunday, 14 August 2011

My choc bun & choc muffin


Hari rabu yg lepas I cuti. so I had the chance buat pizza, choc muffin and choc bun..
Tapi sebab takde serbuk koko.. maka roti bun tu takde la warna choc.. just inti je letak choc paste yg beli kat yummy tu (ngan awien n pn president... taubat ku tak masuk dah kedai tu.... hehehe)
anyway kenapa choc bun i tu tak brown cam pn president ek.. tak letak susu dlm glaze tu ke? or oven tak panas? hmmmm.....
Tapi sebab semua nya habis licin... boleh la buat lagi... hehehhe

Thursday, 11 August 2011

bun and bun...


just nak update menu semalam :)
red bean and choco buns..mengikut resepi baru yg ditepek oleh Pn President



confirm lembut..sedap. Harus di cuba :)

Tuesday, 9 August 2011

Sausage rolls

Last weekend, aku buat sausage rolls. Nampak dekat blog Mat Gebu so rasa nak try pakai resepi lain sikit. Lagipun inspired by kegebuan roti coklat baru ni yang juga diambil dari blog Mat Gebu dan Mamafami. Nampak resepi tu macam senang sikit dan ingredients nya pon nampak senang sikit. 

Masa suntuk sangat masa tu so tak dapat nak restkan the dough sangat. So first resting for rising hanya ½ jam selepas roll dengan sausage sempat rest 20 minutes jek. Arghh frust. Anyways, the dough tu lembik sangat so kena kurangkan air. Bila dah lembik tak dapatlah nak melilit cantik-cantik. Ala-ala bungkus jek sausage tu. Muahahhaha. Lepas tu aku glisskan dengan telur campur susu sikit. 

Hasilnya. Hehehe.
Sebelum rest. Doh lembik tak leh lilit

Selepas rest 20 minit. Dah start menggemok. Arghh kalau nak optimum kena rest 40 min

Selepas bakar 20 minit. Amek ko, gemokk giler. Sampai bercantum-cantum roti tuh. Takde rupa sausage roll dah..


Bila campur susu tu, cepat sangat browning. Itu pon dah aku kurangkan temperature pembakaran. Apa kenala oven aku tu.  Tapiiii, tekstur roti tu masyallah lembutnya. Sedap pulak tu. Sukanyaaaa. Tak sabar nak variety kan fillingsnya. So kawan-kawan, here’s the recipe. Insyallah tak mengecewakan. Try la sure gebu. Kalau boleh restkan betul-betul. 

BAHAN DOH ROTI :-)
250 gram tepung roti (high protein flour)
50 gram gula halus (Aku guna 40g jek)
1/2 camca teh garam
1 camca besar penuh susu tepung 
1/4 camca teh bread improver
1/4 camca teh bread softerner
30 gram telur (pukul 1 biji telur, dan timbang 30 gram) - Aku guna jek sebijik telur
6 gram instant yeast (mauripan)
30 gram mentega
125 ml air suam (kalau guna breadmaker guna air biasa)


  • Masukkan semua bahan2 untuk doh dalam breadmaker, pilih setting untuk "doh" dan tekan "on"..tunggu hingga siap.
  • UNTUK SOSEJ ROLL :- Sosej dicelur sekejap dalam air panas, toskan dan biar sejuk, lap kering dengan paper towel. Ketepikan. Keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara, tabur sedikit tepung pada meja kerja. Ratakan doh dan ratakan. Potong kepada 14 jaluran sama saiz. Ambil 1 sosej, dan lilit dengan 1 jaluran doh tadi, pastikan ianya bertindih, dan hujung doh, selitkan dibahagian bawah doh. Kemaskan san susun dalam layang pembakar. Buat hingga siap.
  • Sapu telur pada permukaan roti dan tabur sedikit bijan. Bakar dalam oven pada suhu yang telah dipanaskan pada suhu 190C selama 25 minit atau hingga kuning keemasan, sejukkan roti atas jaringan

Sunday, 7 August 2011

Bun Coklat

Panas betul hari ni. Hari ni bersiaran dari kampung King di Ijok. Haus sangat. Masa berbuka tadi minum 4-5 gelas, mengalahkan budak-budak, muahahaha. Malam semalam ada projek roti. Yelah kan, dah berie-ie berjuang beli barang kay Yummy tu kenalah buat roti kan, kan, kan. Muahahaha. 

Memang berjuang y'all. Tahap kena junjung bakul atas kepala, punyalah ramai orang. Sempit lak tu kan, pastu once masuk lorong mana-mana kena go with the flow jek, jangan nak berhenti or melawan arus, sesambil jalan tu amek barang letak dalam bakul, muahahha. Kelakar pulak bila ingat balik. Aku pernah dengar orang masa tawaf haji tu jek, jalan go with the flow gitu, jangan melawan arus, gi bakeri pon gitu yer. Tak ku sangka. Kalau aku gi sorang, mau aku give up dan balik tuh, harap pegi dengan PIzza Mom dan si Awien tu jek aku gigihkan masuk. Biasalah dalam list ada 15 barang, beli 25 barang. Sabo jelah. 

Anyways, balik rumah lemau sikit dan sakit kepala. Pastu at 10.30 malam gitu start projek roti. Chocolate filling dah beli, so cubalah buat roti ni. Resepi diambil dari mamafami which isnpired by Cik Mat Gebu kalau tak silap. I halved the recipe. Yelah banyak-banyak karang saper pulak nak makan.  

Actually masa buat tu, rasanya cam amek gambor step by step. Kenapa entah bila view balik, ada yg dah siap jek, hampeh. Bukan apa, nak tunjukkan the degree of the roti tu punya naik. Masa uli memang besar sikit dari penumbuk jek, after 30 minutes, I let it rise sampai sejam. Habis jek sejam, punch the dough untuk buang angin, ulikan sikit, shapekan into balls, siap timbang tu 40g for each balls, fuhh macam dalam MasterChef daaa. Lepas tu biarkan 10 minutes, then ratakan  the balls. Masa ratakan the balls tu ala2 buangkan angin jugak. Masukkan filling dan shape balik into balls. Masa tu kecik jek balls tu. Besar sikit dari bola golf jek. Dan letakkan dalam pan pembakar, make sure ada gap between the dough balls. Lepas tu let it proof in the pan. Sebab nak dapatkan optimum result, I put it back in the oven, sebab nak dapatkan suasana suam dan lembap tu. I read somewhere that the yeast bertindak dengan optimum in warm and humid environment. Even my baker friend said, that they have something like a steamer to proof the bread before baking. Tapi jangan panas sangat. Mati laks yeast tu. 


After half an hour, aku dah mula panaskan oven. Dalam resipi tu cakap bakar at 180C for 25 minutes or until cooked. Oven aku nih giler sikit (tak guna the Noxxa oven), panas melampau. Senang sangat nak hangus, tak faham aku. So aku bakar at 160C for 20 minutes. Hasilnya; whoaaaa gebu gilerz. Excited aku. Tapi roti2 cam ni memang makan masa kalau nak dapat hasil yang optimum. Pukul 1 lebih baru siap. Grrrrr. 
Selepas proof dalam setengah jam. Sebelum dibakar

Lepas dibakar. Gebu..

Apsal kamera ni amek gambor cam hangus ek? Real life tak hangus pon rupenya. (Salahkan kamera? hahaha)

Lembut giler, tak tipu.

Lepas dah masak, aku sejukkan dulu atas jaringan. Penting untuk sejukkan atas jaring untuk let the heat dari belah bawah roti keluar. Kalau tak buat camtu, nanti roti tu lembab dekat bahagian bawah, kalau disimpan. Tak best la kan.

Okay, ni resepinya, take from Mamafami



IngredientS A :

450g high protein flour
50g cocoa powder
25g milk powder
75g sugar
10g instant yeast
1 teaspoon bread softener
1 egg
1/2 teaspoon salt

Ingredients B :

250ml water
75g margarine

Ingredient C :

Chocolate filling (from the bakery)

Method : (Bread Maker)

1. Pour water and salt into the bread maker pan. Add in egg. Top it with flour, cocoa powder, milk powder, sugar, yeast and bread softener.
2. Set the breadmaker to Dough function.
3. Once the dough is just combined, add in margarine and leave the Breadmaker to continue doing it's job. This process will take about 1 1/2 hour including proving.
4. Divide the dough to 40g each. Shape into a ball. Leave to rest for another 10 minutes.
5. Flatten the dough, place a teaspoonful of chocolate filling in the middle and roll into a ball.
6. Arrange the dough on a baking tray. Let it prove till double the size. Sprinkle with a bit of water before putting the tray into the oven.
7. Bake in a preheated oven at 180 degree celcius till golden brown.
8. Once out of the oven, brush some margarine on top.


Yang ada buat roti weekend ni, sila update ye, share le ngan kawan-kawan. 

Thursday, 4 August 2011

Recipe links

Untuk kawan-kawan yang mencari idea untuk buat roti, the followings are some links/blogs yang boleh direfer untuk buat roti :


Jintan Manis Blog
MyResipi - Roti
Cik Mat Gebu Blog
MamaFami Blog
Bro Rozzan Blog

I think memang site dan blog diorang ni selalu menjadik reference. Dan I letak memang links yang under label roti sahaja. Silalah gi berangan. Happy baking.

Wednesday, 3 August 2011

Sunflower seeds loaf

Mana korang punya update nih? Aku tau korang ada buat roti kat rumah semalam, jangan tak ngaku. Muahahhaa. Aku pulak baru dapat mesin roti baru semalam, yeehaaaa. Makanya aku dengan rasminya akan meroti balik. Yelah dah lebih sebulan breadmaker tu dekat rumah mak aku, sebab buat dengan anak-anak buah kan. So kat rumah sendiri takde breadmaker. Bila baca korang punya update, mulalah geram nak ada satu kat rumah sendiri. Anyways, esokla kot baru buat roti baru, hari ni aku update roti yang agak lama dah buat. This is my first loaf. Bukan first love ok. 

 As always letak barang2 ikut turutan. Malas nak letak resepi. Aku amek gambor jek. Taken from the DVD, Baked to Perfection. 
Buat petang ahad, lepas masukkan bahan, gi tidor.

Saper nak sun flower seeds nih? Aku ada berlambak kat rumah tataw nak buat apa.

Bangun jek, semerbak dah bau roti. Yesss!

Roti yang dah siap. Kalau roti berlobang di tengah itu normal. Nak wat camner baked terus dengan kneading blade kan.


Makan dengan kari sardin. Yummm.

Resepi amek dari sini. Klik untuk besarkan.
 Dah lama tak buat loaf, sebab satu hal jugak nak habiskan. Kalau buat wholemeal, lagi lah filling jenuh nak ngabiskannya. Esok nak cuba roti lain lak. Harap2 jadik. Selamat berpuasa kawan-kawan.
 

Monday, 1 August 2011

I went through the Ordeal - phew !!

Dah lama nak update blog ni, tak sempat-sempat.. hu hu. Tak boleh jadik nih, members yang baru dapat pun dah ada proven evidence- dah keluar pun roti. So frenz, fasten your belt - jom share my ordeal lak ye.

Ms President has long amazed me with this tool . Semenjak I menjadik witness of their delivery order, mmg meronta-ronta nak gi demo tu. Thanks ye Nazha, sbb arrange session kat rumah Kak Ani tu.Setelah went through the Amway online ordering 'system error'.. ( ha ha... online system pun boleh error masa I nak place order) I finally dapat the bread maker on Friday 22 July. That weekn balik kampung la plak - hush perap jek la another week. Meronta-ronta gak jiwa, tak kira by Thursday by hook or by crook kena gak buat .. weekn kena gi PD la plak dgn MKN. So on that peaceful Thursday nite ( supposedly) I started the ordeal. Balik ptg Khamis tunggu , the kids dah siap bentang tikar kat dapur - "Ibu, ibu , ibu ( tak pernah krg 3x ) kita org dah prepare semua brg. Wah... tak sempat I letak my handbag - mmg bagus la anak-anak ku. The thought that my hubby blk lambat & Kelabu : my cat yg kena warded ta de mmg an ideal surrounding for me to bake. At last ...

Kul 9.00 pm I start pouring & measuring & at the same time baca manual. ( Yeap Ayu, I pun suspen gak bila baca part yg dia mention smoke akan kuar tuh) ANyway, fear no more sbb Ms President dah janji nak bagi technical support 24 x 7, bagus punya !! Kring - kring, 9.10 am like that phone berdering , on the other end " Dear , tgh buat apa tuh - tadi Dr Joe baru call, Kelabu dah discharge , dia suh datang amik kat clinic sekrg" WHATTTTT !!!! Sekarang, dgn tangan aku berminyak & penuh tpg ni... no no ... this is not happening, baru nak warm up. "I thot you're supposed to get the catkan .." My other half replied " YE la, tapi mlm ni kan bola- I stranded nih". Alamek - habiskan jek la dulu masuk semua dlm tuh, at least boleh knead dulu... Kelabu can wait what. Emmm anti-climax betul. Sempat jugak aku cal Nazha membebel.

Anyway, by the time I returned dah habis knead & tgh proofing.., lambat giler, dah dekat kul 10 nih, pukul berape nak tido ...Again kena kacau Ms President . I quote her words " Memandangkan hari dah lewat Kak Ida, I rasa you keluarkan jek la". Memang tak daya aku nak tunggu, dah le tgh marah ni sbb terencat - si Kelabu pulak asyik meleser- isk rimas- kena kurung dia dulu.


Akhirnya close tu 11.00 tamatlah operasi dengan jayanye -... he he. Sweat & tears tau , ha ha...
You all jgn gelak tau- rupa tak le pro mck Ms President, or Ayu or Mr Shaun kite... ha ha. Also tribute two my two assistants yg jugak dgn jayanye menghorrerkan lagi keadaan.











Nasib baik 2 org lagi tgh occupy tgk bola kat atas. So frenz, feast yer eyes - this is my masterpiece.

Ranges of sausage + bun = Roti pintal

Another version - note the gap kat sosej tuh - ha ha, lagi satu masterpiece Ammar.




Supposed to be cheese stick - tapi tak berape kurus hemm... Ammar buat gak!





Sardine bun - note of the different shapes ye, thanks to the little chefs.


ni dia pizza - bila Ina tgk her remarks was " Pizza ke cake ni Kak Ida" I take it as compliment- nampak gebu la kot ha ha.


Itu jek la update for this time - minggu ni kita operate pressure cooker lak ye !!