Last weekend, aku buat sausage rolls. Nampak dekat blog Mat Gebu so rasa nak try pakai resepi lain sikit. Lagipun inspired by kegebuan roti coklat baru ni yang juga diambil dari blog Mat Gebu dan Mamafami. Nampak resepi tu macam senang sikit dan ingredients nya pon nampak senang sikit.
Masa suntuk sangat masa tu so tak dapat nak restkan the dough sangat. So first resting for rising hanya ½ jam selepas roll dengan sausage sempat rest 20 minutes jek. Arghh frust. Anyways, the dough tu lembik sangat so kena kurangkan air. Bila dah lembik tak dapatlah nak melilit cantik-cantik. Ala-ala bungkus jek sausage tu. Muahahhaha. Lepas tu aku glisskan dengan telur campur susu sikit.
Hasilnya. Hehehe.
Sebelum rest. Doh lembik tak leh lilit |
Selepas rest 20 minit. Dah start menggemok. Arghh kalau nak optimum kena rest 40 min |
Selepas bakar 20 minit. Amek ko, gemokk giler. Sampai bercantum-cantum roti tuh. Takde rupa sausage roll dah.. |
Bila campur susu tu, cepat sangat browning. Itu pon dah aku kurangkan temperature pembakaran. Apa kenala oven aku tu. Tapiiii, tekstur roti tu masyallah lembutnya. Sedap pulak tu. Sukanyaaaa. Tak sabar nak variety kan fillingsnya. So kawan-kawan, here’s the recipe. Insyallah tak mengecewakan. Try la sure gebu. Kalau boleh restkan betul-betul.
BAHAN DOH ROTI :-)
250 gram tepung roti (high protein flour)
50 gram gula halus (Aku guna 40g jek)
1/2 camca teh garam
1 camca besar penuh susu tepung
250 gram tepung roti (high protein flour)
50 gram gula halus (Aku guna 40g jek)
1/2 camca teh garam
1 camca besar penuh susu tepung
1/4 camca teh bread improver
1/4 camca teh bread softerner
30 gram telur (pukul 1 biji telur, dan timbang 30 gram) - Aku guna jek sebijik telur
6 gram instant yeast (mauripan)
30 gram mentega
125 ml air suam (kalau guna breadmaker guna air biasa)
1/4 camca teh bread softerner
30 gram telur (pukul 1 biji telur, dan timbang 30 gram) - Aku guna jek sebijik telur
6 gram instant yeast (mauripan)
30 gram mentega
125 ml air suam (kalau guna breadmaker guna air biasa)
- Masukkan semua bahan2 untuk doh dalam breadmaker, pilih setting untuk "doh" dan tekan "on"..tunggu hingga siap.
- UNTUK SOSEJ ROLL :- Sosej dicelur sekejap dalam air panas, toskan dan biar sejuk, lap kering dengan paper towel. Ketepikan. Keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara, tabur sedikit tepung pada meja kerja. Ratakan doh dan ratakan. Potong kepada 14 jaluran sama saiz. Ambil 1 sosej, dan lilit dengan 1 jaluran doh tadi, pastikan ianya bertindih, dan hujung doh, selitkan dibahagian bawah doh. Kemaskan san susun dalam layang pembakar. Buat hingga siap.
- Sapu telur pada permukaan roti dan tabur sedikit bijan. Bakar dalam oven pada suhu yang telah dipanaskan pada suhu 190C selama 25 minit atau hingga kuning keemasan, sejukkan roti atas jaringan
No comments:
Post a Comment