Monday, 15 August 2011

Move Over Gardenia



“Mr Oonch, hari ini ade Kumon tak?,” tanya ku kepada anak ku dalam perjalanan ke rumah dari transit nya.

“Yes...,” jawapnya, “But I left my Kumon bag at home.” Anak ku ni speaking Jawa sejak dari kecil lagi. Semua pengaruh maknya lah tu.

Sampai aje dirumah, sementara anak aku pergi mengambil buku-buku Kumonnya dari bawah katil, aku terus ke dapur. Tadi kat opis, aku minta Iza print kan resipi yang dicadangkan oleh puan Presiden untuk mendapatkan roti yang lembut. Walaupun aku telah berjaya dalam dua sesi pembuatan roti sebelum ini, tapi kepuasan masih belun dicapai sebab tak sampai standard Gardenia lagi.

OK...telur ade empat biji, tepung semua ade. Yang tak ade cocoa dan majerin. Kali ini adventure aku ialah membuat roti loaf cokelat...

Selepas menghantar anak aku ke sesi Kumonnya, aku bergegas ke Giant dengan kereta Getz aku yang comel tu, walaupun ade yang kata itu Getz Hantu. Aku pun tak tahu kenapa. Mungkin sebab color hitam...keluar gelap pagi, balik gelap malam kot.

“Kat mana aisle baking needs ni? Ahh...tu dia. Alah! Ade macam-macam jenis pulak.” Aku tahu ibu aku pakai yang dalam tin putih, sebab dulu aku selalu korek bekas adunan dan jilat senduknya untuk lebihan adunan keknya, tapi mahal sikit. Aku akhirnya ambik serbuk Hershey, murah, sebab masih dalam peringkat percubaan. Kat situ juga ade majerin...hmmm? Majerin, mentega dan Planta ni sama ke? Sebab tak pasti, aku cari yang ade tulis ‘majerin’ kat bekasnya.

Malam tu lepas terawikh, aku mengeluarkan semua peralatan makmal membuat roti. Awal lagi aku dah pesan agar breakfast counter kat dapur tu clear dari barangan lain. Untuk pembuatan roti kali ini, aku kena pakai timbang sebab sukatan bahan dalam grams. Keluarlah satu timbang baru dari dalam kotak, hadiah majlis perkahwinan aku dulu...punyalah lama...Mr Oonch tu dah sepuluh tahunlah kan.

“Alahai...timbang ni tanda sukatannya tiap 20g. Ini yang den maleh ni...,” kata ku dalam hati. “Tak accuratelah macamni. Macammana nak kira 75g marjerin?” Aku teringat timbang digital ketika pegi kedai bakeri kat Taman Melawati dua minggu lepas...mulalah gatal nak membeli ni...

Penyukatan bahan berjalan lancar, cuma tak berapa accurate sebab timbang analog, lepas tu tandanya di setiap 20g. Jadi kalau dah 75g tu...main agak-agak ajelah, kira halal sudahlah. Semua tepung, cocoa, gula, garam aku masukan dalam satu bekas lain dulu, tak terus dalam bread pan. Asistant aku kali ini kata dia nak tengok aje, penat sebab siang tadi berpuasa...yelah tu, macam dia sorang aje yang berpuasa.

Setelah siap semuanya, aku keluarkan bread pan. Berdasarkan nasihat rakan sepejuangan dalam bidang ini, air masuk dulu. Kemudian aku perlu masukkan telur. Segera aku ke fridge dan mengambil telur dari egg rack. Lantas aku ketuk kat bingkai bread pan tu, “tuk!..,” tak pecah pulak, mungkin tak kuat. Maklumlah aku ni gentle orangnya....”Tuk!...,” sekali lagi dengan agak kuat.

“Woii!!!” Jerit aku, “Siapa letak telur rebus dalam fridge ni!!!”

“Ohhh...itu telur dapat kenduri hari tu,” jawapan selamba dari ruang tamu. “Dah lama dah tu, nak buang.”

“Astagafirullah...Jawa sorang ni,” bentak hati ku. And you think you know somebody after all this years.” Aku kalau dah bengang, keluar jugak speaking Jawa aku ni.

Aku lantas mencapai kunci kereta. “Nak kemana tu?” tanya isteri aku yang sedang menonton TV. Yang kononnya tadi nak tengok aje tu kan...

“7-eleven, beli telor,” jawap ku ringkas. Aku dah upset ni sebab proses membuat roti terpaksa ditangguhkan buat seketika. Projek milestone dah lari ni. Getz comel aku pun meredah malam ke kedai 7-eleven. Syukurlah ade 7-eleven kat rumah ni.

Sampai di ‘business district’ taman perumahan ku itu, aku bergegas ke kedai. Nasib baik Getz aku tu comel, senang aje aku selitkan celah-celah kereta pelanggan kedai mamak kat situ. Aku lalu depan klinik, bila aku jeling kedalam, tiada orang. Biasalah..ini tenggah minggu. Selalunya kalau hari ahad ramailah manusia sebab nak ambik MC hari isnin.

“Eh...pil awet muda dah habis, baik minta supply baru.” fikirku. Aku terus masuk ke klinik dan mendaftar untuk jumpa doktor.

“Duduk dulu bang...,” kata receptionis tu.

“Doktor tak de ke?” tanya aku

“Doktor kat kedai video sebelah, saya akan call.” jawapan yang aku terima.

“Alaaaa...doktor ni, pegi tengok CD pulak, download ajelah...,” fikir ku yang mula merasa menyesal masuk ke klinik malam ni.

Setelah selesai urusan di klinik aku bergegas ke 7-eleven dengan jubah terawikh ku. Aku mula tercari-cari telor. Aku dah nekat, kalau tak ade kat sini, aku akan beli kat adik jual egg banjo kat luar tu walaupun dia paksa aku beli Burger Daging Dua Lapis Bertelor Special dengan Cheese...malam ni semuanya pasal telor...

“Hah! Ade...,” Terus aku capai dan ke kaunter bayaran. Ade pulak akak ni nak beli top up pulak. Terhegeh-hegeh mencari duit dalam beg tangannya tu. Kak Oiii. beg besar macam guni kelapa macammanalah nak jumpa duit... “Heeeeiii! Tension...” Kalau aku ada licence to kill macam James Bond, doktor tadi dengan akak ini dah aku tembak. Tapi ade ke James Bond pakai Getz? Hmmm...

Kembali ke rumah, tanpa membuang masa aku terus aje ke makmal roti untuk meneruskan projek roti cokelat. Dah delay 45 minit ni.

Aku masukan sebijik telur dan mentega dalam air tadi. Nak pakai sebiji aje pun, tapi kecoh nya... Kemudian aku masukan campuran tepung dan bread softerner seperti dalam resipi. Yang tak ikut resepinya, aku masukkan juga bread improver. “Alah... puan Presiden bukan tahu pun.” fikir ku.

Beres...sekarang nak masuk dalam oven khas ini. Tetiba...

“Yang ini tak pakai ke?” suara isteri ku dari belakang.

“Ya Allah! Aku tak pasangkan stiring blade, macammana oven nak dikacau tepung ni? Oooo Mannnn!” aku mengeluh.

Tetapi dengan semangat kental yang ada, aku mengambil blade tu dari isteri ku dan lakukan pembedahan ke atas adunan dalam bread bin tadi. Aku masukan tangan ku dan meraba-raba mencari pin untuk dipasangkan blade itu. Lama juga aku ‘kobok’, akhirnya berjaya dilekatkan.

Tangan aku kini penuh dengan campuran tepung, air, dan marjerin. Isteri aku dah kembali ke ruang tamu. Akupun melorotkan adunan yang melekat itu dari tangan kembali kedalam bread bin dan meratakannya. Kira ini jadi ‘secret recipes’ akulah...he!he!

Seperti biasa, waktu memasak 3 jam lebih. Jadi masa sahur aku sekeluarga melihat hasilnya.

Roti naik melimpah dari bread bin. Naik tinggi sampai bahagian atas hangus sikit sebab terlalu dekat dengan heating coil kat atas oven.

Wah! Berhasil. Roti loaf cokelat yang lembut dan gebu. Aku picit-picit untuk menikmati kelembutannya. Enak dimakan begitu saja... Rasanya pahit-pahit cokelat, tapi aku memang suka rasa sebegitu. Mungkin cocoa yang aku gunakan kot.

Isteri aku mencadangkan lain kali dimasukan raisins.

Jawapku...”Bukan saja raisin, kita masukan Habatul-Saudah sekali” He!He!

7 comments:

awien80 said...

ingatkan saya je terlupa nak masukkan stirring blade tu...hahaha..

Puan presiden said...

En.Shaun,

Finally..Owh I pon dah beberapa kali lupa nak masukkan blade tuh..
whoaaa gebu nampak roti tuh.. pakai resepi mana nih?pakai resepi utk chocolate loaf tu ker?.. huhuhu gebuuuu.. tapi tulah naik betul. Maybe next time boleh kurangkan adunan. Takdeler naik melimpah ruah gitukan.. Tabiikkkk!!

Puan presiden said...

Owh masa I buat bun chocolate tu pon i think, pahit sikit.. maybe koko lebih kot. so next time boleh kurangkan koko dan increasekan sugar.. tapi kalau tak suka manis, belasahh..

Pizza mom said...

Bravo En Shaun.. lepas ni boleh buka bakery la...
I pun baru beli serbuk koko.. tak sabar nak test.. hehehhe

Cashida said...

I salute you brother !!!

Anonymous said...

cam planet Marikh !

~SuKaRoti

Shaun said...

Lepas ni nak berkecimpung dalam bidang 'buns' pulak...